Thursday, March 6, 2025

MOMENTO MALAYSIA

 https://docs.google.com/document/d/e/2PACX-1vQmoidUnn6mI0WED3-_Jic5uEDWH5WzHg0jJonBoIFao4BMvs7ReXoVTEXDCvJkDbJ71-vg2s50xH6L/pub


MOMENTO MALAYSIA



1.0 MUQADDIMAH


Ekonomi negara boleh dilancarkan melalui, 


1. Anjakan kitaran ekonomi secara domestik dan luar negara dengan berpandukan polisi fiskal dan sistem percukaian yang bernas dan tepat;2.  Junjungan perolehan dan pelaburan domestik dan luar negara yang berkualiti dan berteknologi tinggi dan tambah nilai yang tinggi, dan bukannya bergantung kepada pelaburan yang menelan buruh dan pekerja yang berpotensi rendah dan kurang bermutu; 


3. Perolehan infrastruktur yang memanfaatkan pertumbuhan domestik daripada keadaan perhilitan dan pedalaman ke tahap pembangunan yang berlandaskan suasana dan semangat MADANI;


4. Meneruskan peralihan kuasa dan pembangunan luar bandar dan separa bandar ke tahap status bandaraya;


5. Pendekatan pembangunan yang tekankan pulangan keuntungan dikitar semula sebagai belanja pembangunan;


6. Pembangunan ekonomi yang seiras dan sehaluan dengan kehendak zaman yakni eko-friendly dan bersifat hijau , bersih dan mutu tinggi;


7. Pembangunan yang menghasilkan rangsang ekonomi setempat yang tinggi dan berkesan, juga nilai hidup yang lebih baik dan bermutu tinggi, dan mendatangkan hasil perbendaharaan yang lumayan, juga mengurangkan belanja mengurus dan kurangkan masalah pengurusan PBT.












2.0 NYAHKAN MATAWANG RINGGIT MALAYSIA &  PERKENALKAN DOLAR MALAYSIA


Justeru itu, saya cadang kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia :-

 

1. Nyatakan halu tuju ke arah urusan kewangan negara yang menekan pertindihan dan tindanan kesahihan perkembangan ekonomi secara peralihan nilai matawang dan bukannya kemusykilan dan tebatan terhadap kadar bunga (interest rate),


2. Dengan ini, Kerajaan perlu mengadakan suatu agensi: LEMBAGA MATA WANG MALAYSIA;


3. NYAHKAN  mata wang Ringgit Malaysia digantikan dengan DOLAR MALAYSIA - M$, yang nilainya M$ 1 bersamaan dengan satu Dollar Brunei dan SGD,


4. Segala simpanan wang di Malaysia hendaklah dalam bentuk DOLAR MALAYSIA, M$; 


5. Segala mata wang lain perlu ditukar ke DOLAR MALAYSIA,  M$, dimana ianya disifatkan sebagai 'simpanan tanpa faedah' oleh Bank Negara, dan ditukarkan kepada M$ yang berdeposit di bank perdagangan tempatan mahupun di merata rata tempat di Malaysia.  BANK PESISIRAN PANTAI bertempat di Georgetown dan Pulau Jerejak, Pulau Labuan, Pulau Bruit, Forest City dan Pulau Carey. Bank-bank Persisiran ini boleh menerima deposit dalam matawang lain.  Pertalian antara Bank2 ini dengan BANK NEGARA akan menampakkan deposit matawang lain ini dalam bentuk DOLAR MALAYSIA dengah kadar TANPA FAEDAH.   


6. MALAYSIA dijadikan sebuah NEGARA BEBAS CUKAI.  Barang-barang mewah, bahan-bahan tembakau dan minuman arak tidak dikenakan VAT TAMBAHAN. Sebarang barang2 IMPOT yang diekspot semula atau barang2 TEMPATAN yang diekspot  akan mendapat VAT REBAT.  Pelawat2 akan mendapat pengesahan rebat melalui KAUNTER PEJABAT KASTAM di Lapangan Kapal Terbang dan Pelabuhan 2. 


Pulau Bruit  dan Pulau Labuan dijadikan tempat peranginan antarabangsa, suatu PUSAT KEWANGAN LUAR PESISIR, GAMING AND ENTERTAINMENT CENTRE. 


7. GEORGE TOWN & PULAU JEREJAK DI PULAU PINANG, PULAU CAREY DI NEGERI SELANGOR DAN FOREST CITY DI PULAU PINANG dijadikan model TEMPAT PEMASTAUTIN  MM2HPUSAT KEWANGAN LUAR PESISIR


8. Sebahagian drpd Pulau Carey dibangunkan PELABUHAN TIMUR (EAST PORT) yang memeritkan pengangkutan kereta2 impot mewah, industri kapal layar mewah,  pengendalian kargo minyak biofuel - Biodiesel dan Gasohol.


9. PULAU KUKUP, Johor dibangunkan sebagai pusat pengendalian dan pembangunan BIOFUEL iaitu BIODIESEL dan GASOHOL. Sebuah STESEN JANAKUASA ELEKTRIK ARANGBATU 1200 MW didirikan di sini.


10. PULAU JEREJAK dibangunkan sebagai tempat peranginan dan tempat pemastautin terutamanya warga2 MM2H.


























3.0 ONGKOS MALAYSIA - ala UNIVERSAL BASIC INCOME




11. BAYARAN ONGKOS MALAYSIA


Adalah dikemukakan suatu sistem pembayaran subsidi Ongkos MADANI. Ianya terdiri daripada 3 bahagian:- 


(i) SUBSIDI TUNAI (free money)

 

  • RM1000 kepada semua warga Malaysia berumur 15 hingga 64+. Jumlahnya 20.4 juta.  




SUBSIDI TUNAI bagi kategori umur 15+ hingga 64+ 


RM 1000 x 12 x 20.3 juta


= RM243 Bn 


  • Bagi kanak 2 dari 0 hingga 14+ dibayar dengan RM400 sebulan, (7.6 juta) , 




SUBSIDI TUNAI bagi kategori kanak-kanak 

umur 0 hingga 14+


= RM 400 x 12 x 7.6 juta

= RM 36 Bn 


  • Bagi Warga Emas Umur 65+ (2.4 juta), mereka akan mendapat RM500 subsidi sara hidup secara tunai 





SUBSIDI TUNAI bagi kategori warga emas umur 65 ke atas


= RM 500 x 12 x 2.4 juta 


= RM 14 bn 


  • JUMLAH SUBSIDI TUNAI ONGKOS MADANI TAHUNAN 


= RM 293 Bn




(ii) INSURAN KESIHATAN NEGARA (IKN) (medicare for all)


ONGKOS MALAYSIA  juga sediakan SKIM INSURAN KESIHATAN NEGARASkim Insuran Kesihatan Negara IKN, ala Medicare for all. Setiap warga rakyat akan diberi caruman premium bulanan sebanyak RM100, 


JUMLAH CARUMAN TAHUNAN PREMIUM IKN 


= RM100 x 30.4 juta x12  


= RM36 bn 




(iii) KUMPULAN WANG PENCEN MALAYSIA (KWPM) (pension fund for all


ONGKOS MALAYSIA  juga menyediakan bayaran caruman kepada Skim Pencen - KUMPULAN WANG PENCEN MALAYSIA (KWPM) - sebanyak RM100 kepada setiap warga daripada umur 0 hingga 64+, setiap bulan.  Anggaran jumlah rakyat Malaysia dalam kategori umur ini adalah 28 juta. 


JUMLAH CARUMAN TAHUNAN KWPM 


= RM100 x 28 juta x 12 


= RM 34 Bn



JUMLAH BAYARAN TAHUNAN ONGKOS MALAYSIA 


=  RM 293 + 36 + 34 


= RM 363 Bn 






































12. KUTIPAN CUKAI UNTUK ONGKOS MALAYSIA


Skim Ongkos MADANI akan memungkinkan beberapa hasil cukai seperti berikut:-


(i) CUKAI TAMBAH NILAI - VALUE ADDED TAX - VAT 


Cukai Tambah Nilai - Value Added Tax , VAT sebanyak 17% akan dikenakan kepada semua jenis barang dan perkhidmatan digunakan di Malaysia.  


Daripada ini, 

  • 10% VAT diperuntukkan untuk bayaran subsidi kepada rakyat, 

  • Kerajaan Persekutuan diperuntukkan 5.4% VAT,  

  • Kerajaan Negeri2 dan Wilayah 2 akan diperuntukkan 0.6% VAT bergantung kepada jumlah penduduk dan jumlah KDNK mereka. 

  • 1% adalah peruntukan rezab. 




Melalui penjanaan ekonomi daripada tambahan perbelanjaan mengurus dan perkembangan biofuel dan biodiesel dan beberapa projek infrastruktur, Malaysia akan menjana KDNK sebanyak RM4.2 trn. 


ANGGARAN HASIL KUTIPAN  VAT 


= RM 3700 Bn x 65% x 17%  X 85% (kecekapan pengutipan)
= RM 348 Bn 


Berikut adalah pembahagian hasil kutipan VAT


  • PERUNTUKAN ONGKOS MALAYSIA - RM 206 Bn

  • KERAJAAN PERSEKUTUAN - RM 110 Bn

  • KERAJAAN NEGERI2 & WILAYAH 2 - RM  12 Bn

  • REZAB - RM 20  Bn






(ii) CUKAI BAHAN API FOSIL (FOSSIL FUEL TAX) - FFT 


Cukai Bahan Api Fosil (FFT) akan dikenakan kepada semua barangan petroleum, gas asli dan arangbatu, barang petroleum bukan tenaga (spt plastik dan polyethylene) adalah seperti berikut


Gasoline RON - 17.3 bn liter x 2.50 = RM43 Bn.

Diesel - 10 bn × 2.50 = RM25 Bn.


LPG dan LNG - 0.9 Bn mmbtu x RM 36 = RM 32 Bn.

Arang batu - 33  juta ton x RM 450 = RM15 Bn.

ATF dan AVGas - 1.6 bn liter x RM2.50 = RM4 Bn.

BUKAN TENAGA  spt barangan plastik, PE, dll = RM 1 bn. 


ANGGARAN JUMLAH KUTIPAN FFT  ADALAH RM120 Bn 






(iii) TARIF ELEKTRIK TAMBAHAN 


Tarif Elektrik tambahan 10sen se KWh. Mengikut laporan tahunan daripada Tenaga Nasional Berhad, jumlah jualan tenaga elektrik (sehingga 2023) adalah  180 000 GWh. 


ANGGARAN HASIL KUTIPAN TARIF ELEKTRIK TAMBAHAN 

= 10 sen x 176 000 GWh 

= RM18 Bn .













(iv) TARIF AIR TAMBAHAN 


Tarif Air Tambahan sebanyak RM 4 se meter3. Mengikut laporan Water HANDBOOK, https://www.airselangor.com/wp-content/uploads/2021/08/Air-Selangor-Water-Handbook-2.pdf


Purata Penggunaan Air per kapita  = 201 LITER SEHARI


ANGGARAN JUMLAH Penggunaan air  setahun 


=  33.4 juta x 365 x 0.201 liter 

= 2.5 Bn 


ANGGARAN HASIL KUTIPAN TARIF AIR TAMBAHAN 


= RM 4 x 2.5 bn 

= RM10 Bn. 




(v) CAJ TAMBAHAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN 


Caj tambahan perkhidmatan pembetungan sebanyak 100%. Kemaskini, hasil kutipan tahunan = RM10.4  bn. 


Anggaran kutipan tambahan perkhidmatan IWK 


= RM10 bn.














Daripada huraian diatas, 


ANGGARAN JUMLAH HASIL VAT, FFT adalah seperti berikut: 



ANGGARAN JUMLAH KUTIPAN TAHUNAN ONGKOS MALAYSIA 


= RM 206 + 120 + 18 + 10 + 10 Bn

= RM 364 Bn



Anggaran bayaran ONGKOS MALAYSIA = RM363  Bn


SURPLUS - + RM 1 Bn  





























4.0 PERIHAL ONGKOS MALAYSIA 




13 (i) NOKTAHKAN MISKIN TEGAR


Pendapatan isirumah bulanan akan bermula drpd RM3650 bagi B40, hingga ke tahap RM 8599.  Ianya sekaligus menoktahkan kemiskinan tegar. 


Pendapatan isi rumah M40 bermula dari RM8600 ( M $ 2580) hingga ke RM14,599. (M $ 4380). 


Pendapatan T20 akan bermula dari RM14600 (M $ 4380) sebulan.


(ii) NAFKAH HIDUP ASAS kepada IBU TUNGGAL & SURI RUMAH TANGGAL


Suri rumah akan mendapat gaji sajian walaupun bekerja di rumah , bagi menjaga kebajikan keluarga dan  masyarakat .


(iii) ELAUN KANAK-KANAK 


Kanak2 diberi elaun dan ini ringankan beban hidup ibu bapa, justeru ianya mungkin tinggikan kadar kelahiran yang rendah (1.8 = maknanya kurang drpd kadar 2.3 iaitu kadar gantian jumlah penduduk),


(iv) WANG SAGU UNTUK ANAK-ANAK MUDA 


Ongkos MADANI juga memberi bayaran elaun kepada anak2 muda semasa mereka dalam era menuntut ilmu, justeru juga kurangkan beban kewangan ibu bapa., 


(v) ELAUN HIDUP UNTUK WARGA EMAS DAN WANG PENCEN KEPADA WARGA MENUA 


Ongkos MADANI juga menyara hidup warga2 emas di mana sebanyak sekurang2nya  RM500 sebulan diberikan kepada mereka menjadikan Pendapatan Basic mereka RM1000 sebulan. Hal ini kurangkan juga beban anak-anak yang perlu peruntukkan wang sara hidup kepada orang2 tua mereka.



(vi) BAYARAN “LIFE LINE” KEPADA PENGANGGUR KERJA 


Bayaran Ongkos MADANI juga merupakan 'life line' bagi warga-warga penganggur, sementara menunggu untuk mendapat pekerjaan. 


(vii) ELAUN HIDUP TAMBAHAN KEPADA KELUARGA BERANAK BANYAK 


Ongkos MADANI akan meringankan beban hidup terutamanya warga-warga kota yang ramainya anak dan saraan hidup hanya bergantung kepada suami, dimana pendapatan tidak cukup untuk menyara hidup.


(viii) PENERANGAN KEPADA ORANGRAMAI


Ongkos MADANI memberi peluang kepada para pentadbir dan pegawai Kerajaan kerana bantuan Wang disalurkan melalui E-Wallet yang berpandukan kepada nombor talipon. Justeru pihak pentadbir Kerajaan boleh menghantar mesej Whatsapp Line, Tik Tok dan pedoman ala publisiti dan penerangan dasar dan gara-gara polisi Kerajaan.


(ix) MENDISIPLINKAN RAKYAT 


Ongkos MADANI akan mendisiplinkan rakyat dimana semua warga yang berumur 18 ke atas diwajibkan untuk membuka fail cukai pendapatan persendirian.  Bayaran tahun yang berikutnya hanya dapat diterima selepas fail cukai dikemaskinikan.


(x) ONGKOS MADANI ADALAH KHAS UNTUK ANAK WATAN 


Adalah dimaklumkan bahawa skim Ongkos MADANI hanya diperuntukkan untuk Rakyat Malaysia sahaja, pertindihan dan perselisihan faham politik mungkin berlaku kepada Rakyat dan penduduk tetap, pasangan yang merupakan orang asing, bahawa para pentadbir dan pegawai Kerajaan perlu menetapkan garisan terhadap kelayakan penerima bantuan Ongkos MADANI. 


(xi) PELARASAN HARGA DAN BUKAN INFLASI


Duti dan VAT ke atas barang dan perkhidmatan akan melonjakkan harga sebanyak 22% daripada harga asal. Tindakbalas dan reaksi kenaikan harga barang akan berlaku.  Keadaan inflasi yang tinggi pada waktu permulaan perlaksanaan Skim Ongkos MADANI akan di dalam jangkaan. 


(xii) CUKAI PENDAPATAN PERSENDIRIAN SILING DIKURANGKAN SEHINGGA 15%


Bagi kategori M3 dan M4  - M40 dan T20 , bayaran Ongkos MADANI Adalah kurang daripada tambahan belanja kerana VAT dan cukai Bahan Api Fosil, adalah dicadangkan bahawa Cukai Pendapatan Peribadi supaya dikurangkan daripada peratus siling 30% kepada peratus siling 15% (secara beransur naik daripada 0%).  


(xiii) KADAR CUKAI KORPORAT DIKURANGKAN KE 15% (FLAT RATE) 


Cukai pendapatan korporat juga dicadang untuk dikurangkan kepada 15%, dimana ianya memungkinkan persaingan yang hebat kepada Negara2 Jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam.  Kemaskini, cukai korporat adalah 24%.   



























5.0 KUMPULAN WANG PENCEN MALAYSIA (KWPM) 


(xiv) CARUMAN PENCEN BERMULA TARIKH LAHIR HINGGA KE UMUR 64+


Skim Ongkos MALAYSIA akan membuat caruman tahunan kepada  Badan Berkanun Kumpulan Wang Pencen Warga Emas (KWWE) sebanyak RM34 Bn Angka ini berubah berdasarkan jumlah anak Watan sedia kala yang berumur daripada tarikh lahir hingga ke 64+.  


CARUMAN TAHUNAN = RM 36 Bn

BAYARAN TAHUNAN KEPADA WARGA EMAS = (RM14 Bn) 

BAYARAN LAIN  =  (RM 2 Bn) 

REZAB =  (RM 2 Bn) DANA BERSIH TAHUNAN ` ` `   =  RM16 Bn

 

Dana ini mencecah RM320 Bn dalam masa 20 tahun.


Adalah dicadangkan bahawa KWPM ini melabur ke beberapa projek seperti:-



  • RANGKAIAN KERETAPI TRANS BORNEO - RM153.75 Bn 

  • LEBUHRAYA SUNGAI KLANG - RM10 Bn 

  • TERUSAN CERDIK (SMART CANAL) 

PANDAMARAN - KEMUNING  - RM 4 Bn  

  • LEBUHRAYA PERSEKUTUAN FR 1 - RM20.4 Bn 

  • PEMBANGUNAN PULAU BRUIT - RM15 Bn

  • STESEN JANAKUASA ARANGBATU &

PUSAT LOJI BIOFUEL DI PULAU KUKUP - RM12 Bn


  • LEBUHRAYA TEROWONG 

HULU LANGAT -  KARAK - RM6 Bn














6.0 INSURAN KESIHATAN NEGARA (IKN)


(xv)  CARUMAN KEPADA IKN


Caruman premium tahunan daripada Skim IKN ONGKOS MADANI adalah sebanyak RM36 Bn. Dicadangkan bahawa Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan dikorporatkan. Belanjawan Mengurus dan Pembangunan tahunan  KKM sebanyak RM41 bn. Jumlahnya adalah RM77 Bn.


Dicadangkan aset2 Hospital 2, Pusat2 Perubatan dan Pusat2 Kesihatan Kecil, Fakulti2 Perubatan , Kolej2 Jururawat dijual kepada Sebuah SPV IKN dengan harga say RM600 bn.   SPV IKN dimiliki oleh IKN inc, sebuah syarikat insuran dimiliki sepenuhnya oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN.  SPV IKN menerbitkan saham termaktub (preference share) dengan kadar dividen 4.5% bagi tempoh 30 tahun dan boleh diperpanjangkan sehingga 50 tahun jika perlu.    KWSP, KWAP & lain-lain agensi Kerajaan dan Badan Berkanun membeli kesemua saham termaktub dalam SPV IKN sebanyak RM600 bn.  


Hasil pendapatan Kerajaan Persekutuan daripada pensekuritian aset-aset akan diguna untuk melupus balik pelbagai hutang, bon BNM, MGS, MGII, dsb sebanyak RM 600 Bn.  


(xvi) RUMAH MENUA 


Sebanyak 200,000 unit  RUMAH MENUA   1000kp x 2 bilik  akan dibina di dalam kawasan HOSPITAL & PUSAT2 PERUBATAN di bandaraya dan ibukota negeri-negeri.  Purata harga jualan Hartanah ini adalah RM700,000 seunit yang akan menyumbang GDV RM140 bn  atau M$42 bn.  Kos Pembangunan adalah RM70 bn.  Keuntungan kasar pembangunan hartanah = RM70 bn. 


SPV IKN boleh memilih untuk memegang balik sebahagian daripada unit-unit Rumah Menua ini dan boleh disewa dengan RM8000 sebulan lengkap dengan alat-alat kemudahan perlengkapan perubatan disamping mendapat perkhidmatan perubatan dan kesihatan daripada Pusat2 Perubatan dan Hospital2. 


Skim ONGKOS MADANI ala SPV IKN akan menerbitkan DANA daripada ASET KERAJAAN, lalu ianya menolong untuk melupuskan HUTANG NEGARA sebanyak RM600 bn atau M$180 bn.  Kadar Hutang Negara / KDNK dikurangkan daripada 62% kepada tahap 31%. 


Adalah dijangkakan bahawa gaji penjawat awam - doktor 2 dan pegawai perubatan, jururawat, dan penasihat2 perubatan dan kesihatan dalam dipertingkatkan secocok dengan penglibatan dan kemajuan kerjaya mereka.  


Adalah diharapikan industri sektor perkhidmatan perubatan dan kesihatan dapat dikemaskinikan ke taraf antarabangsa, justeru itu menuju ke arah kemajuan teknologi perubatan yang lebih rumit lagi canggih.  Kemudahan pukalan AI dan kemajuan sain & teknologi ubat-ubat yang baru, serta Pendidik, Pensyarah dan pemegang taruh yang lain di dalam sektor industri perubatan dan perkhidmatan kesihatan akan menolong untuk menggiatkan lagi sektor Pelancungan ala Perkhidmatan Perubatan yang diwah-wahkan oleh negara2 seperti Korea dan Jepun.  


Ianya menyusuli Syor 1 - iaitu memberi anjakan kitaran ekonomi - dimana kos perbelanjaan ditukar menjadi suatu pelaburan - ( An expenditure to be fiscally secutized as a portfolio  investment) yang menekankan perolehan yang lebih agresif dan dinamik, dengan tambah nilai yang tinggi, iaitu kesihatan dan kesenangan terutamanya meningkat peratus warga Menua di negara ini.



























7.0 PESEKURITIAN ASET KERAJAAN 


(xvii) PENSEKURITIAN ASET-ASET KKM


Didalam senarai aset KKM,  terdapat 146 buah hospital-hospital dan pusat2 perubatan, 2,829 buah klink kesihatan, 246 buah klinik komuniti dan 64 buah klinik pergigian.  Terdapat juga 5 buah makmal kesihatan.  Dimana perlu ianya disatu padukan, dan beberapa tempat perlu dinaik taraf sebagai Pusat Perubatan - kategori di antara Hospital dan Klinik Kesihatan.   Perlu ditujukan bahawa, hospital2 akan dijalinkan atas beberapa kategori termasuk saiz, jumlah katil, skop khidmat bedah dan kemudahan perlengkapan, jumlah dokor, dsb.  Juga, ianya perlu menyelesaikan masalah perumahan dan penginapan penjawat KKM, dimana pembangunan hartanah dan perumahan boleh diperkenalkan terutamanya di premis2 hospital dan pusat perubatan di sekitar Lembah Kelang dan ibu2 negeri di seluruh Malaysia.  Pembangunan semula dan pembangunan baru hartanah sesungguhnya akan melibat gandakan nilai hartanah SPV IKN, justeru itu mendatangkan tambahan nilai terhadap reformasi sektor perubatan dan kesihatan rakyat jelata secara khususnya



(xviii) PENSEKURITIAN  INSITITUSI PENGAJIAN TINGGI & SEKOLAH-SEKOLAH DAN LAIN2 ASET KPM & KPT


Terdapat 20 buah Universti awam di Malaysia.  Ada diantara institusi Pengajian ini terletak di tempat2 yang strategik dengan luas bidang tanah yang besar (seperti Universiti Malaya yang terletak di Kuala Lumpur, UKM di Bangi, UPM di Serdang, USM di Minden, Pulau Pinang, UTM di Skudai, UiTM di merata-rata tempat di Malaysia).  Anggaran daripada nilai hartanah dan pembangunannya mencecah RM500 bn. Jumlah mahasiswa dan pelajar (kiraan pada thn 2021) adalah 589,879 orang.  Manakala, outputnya adalah 157,868 orang pada thn 2021.  


Terdapat 36 buah politeknik dan 100 buah kolej komuniti.  Kebanyakannya terletak di bandar dan separa bandar di seluruh negara.  Sesungguhnya, nilai hartanah adalah tidak terbatas nilainya.  Anggaran nilai hartanah dan bangunan pada sediakala mencecah RM 50 billion. Manakala, jumlah pelajar adalah 100,134 orang, outputnya adalah 36,185 pada thn 2021.


Disamping itu, terdapat 7780 buah SK, SJKC dan SJKT, 2240 SMK dan SMJK di merata-rata tempat di Malaysia.  Nilai hartanah dan potensi pembangunan mencecah RM200 bn, Jumlah murid pada 2020 adalah 208,131 orang (Pra Sekolah), 2,741,837 orang (Rendah) dan 2,057,433 (Menengah).  


Dicadangkan kesemua hartanah sekolah2, kolej2, politeknik 2, Universiti 2 di korporatkan.   Nilai hartanah adalah RM750 bn.  


Sebuah SPV KPM didirikan, KPM inc sebagai pemegang saham ulung.  Terbitan saham termaktub sebanyak RM750 bn dikeluarkan.  KWSP, PNB, KWAP, bank2 dan institusi kewangan, pengurus dana adalah digalakkan untuk melanggan saham termaktub dengan kos + kadar kupon 4.5% selama 50 tahun - suatu wawancara ABS. 


Akan tetapi, terdapat 3000 buah Sekolah bersifat kurang murid (kurang daripada 150 orang).  Dicadangkan sekolah2 ini perlu dicantum, dibelah dan dinyahkan, di mana hartanah2 boleh dijual secara tender atau ditukar syarat kegunaan, dan dapat mengurangkan hutang SPV.



Lokasi strategik seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia boleh menjalankan pembangunan hartanah, dengan nilai ungkapan akan digunakan untuk menebus saham termaktub.  Adalah disarankan bahawa pencantuman, pemindahan dan penyahan Sekolah2 Rendah dan penjualan hartanah secara tender, serta pembangunan hartanah secara strategik di tempat yang termaktub, dapat menyahihkan sebanyak RM100 bn.  


Mengikut kiraan, jumlah belanja mengurus dan belanja pembangunan Kerajaan Persekutuan terhadap KPM dan KPT sebanyak RM80 bn setahun.  Didalam cadangan pengkorporatan ini, jumlah belanja kedua-dua Kementerian ini akan  beransur kurang, sehingga ke tahap RM60 bn (dalam masa 20 tahun) dengan kadar pengurangan  RM 1 bn setahun.  Ini bermakna, Kerajaan Persekutuan akan hanya membayar SEWA tahunan sebanyak RM 60 bn pada tahun 21 hingga ke tahun 50.  Bayaran RM 60 bn ini termasuk emolumen, belanja pengurusan, kos penyenggaraan aset-aset IPT dan Universiti, Politeknik, Kolej dan Sekolah2


SPV KPM akan juga menebus balik RM 15 bn saham termaktub x 50 thn = RM 750 bn. 


POKOKNYA, PERSEKURITIAN ASET-ASET  KKM, KPM & KPT  akan MENYIFARKAN HUTANG NEGARA sekaligus membawa kepada Kunci Kira - Kira Perbendaharaan Negara yang MAMPAN dan SEJAHTERA.




8.0 LEBUHRAYA PERSEKUTUAN FR 1 - 900km



(xix) PROJEK LEBUHRAYA PERSEKUTUAN FR1  - LFR1


FEDERAL ROUTE 1 , merupakan jalan persekutuan yang paling kuno di Semenanjung Malaysia. Ianya menyambungkan BUKIT KAYU HITAM di utara hingga ke Kompleks CIQ di JOHOR BAHRU.  Walau bagaimanapun, Cadangan Lebuhraya ini bermula FR 7 daripada PADANG BESAR di utara dan kawasan-kawasan Parlimen seperti berikut:

  

  • KANGAR, ARAU di PERLIS;

  • KUALA KEDAH, ALOR SETAR, PENDANG, POKOK SENA,JERAI, SUNGAI PETANI di KEDAH;

  • KEPALA BATAS, TASEK GELUGOR, BAGAN, PERMATANG PAUH, BUKIT MERTAJAM, BATU KAWAN, NIBONG TEBAL di PULAU PINANG;

  • PARIT BUNTAR, BAGAN SERAI, BUKIT GANTANG, TAIPING, PADANG RENGAS, KUALA KANGSR, SUNGAI SIPUT, TAMBUN, IPOH TIMUR, IPOH BARAT, BATU GAJAH, GOPENG, KAMPAR, TAPAH, TANJONG MALIM di PERAK; 

  • HULU SELANGOR, SELAYANG, GOMBAK, PANDAN, BANGI, HULU LANGAT di SELANGOR;

  • KEPONG, BATU, BUKIT BINTANG, CHERAS di WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR;

  • SEREMBAN, RASAH, REMBAU, TAMPIN di NEGERI SEMBILAN;

  • SEGAMAT, SEKIJANG, LABIS, PAGOH, AYER HITAM, SIMPANG RENGGAM, KULAI, ISKANDAR PUTERI, JOHOR BAHRU di JOHOR.


Jarak cadangan Lebuhraya ini adalah 900 km.  Oleh kerana ianya merupakan jalanraya yang kemaskini, kos untuk pelupusan tanah adalah pada tahap yang minima.   Konsepnya adalah merupakan pengemaskinian Jalan daripada R5 Satu Lorong, kepada MODIFIED R5 DUA LORONG, dengan tambahan 3m turapan jalan tar di kedua-dua belah.  Jarak rentang 3650 mm perlu dilebarkan kepada 3800mm.  Banjaran tengah lebuhraya adalah dipisahkan dengan NJ Barrel (konkrit tetulang) atau Galvanized Steel Guard Rail.  Parameter rekabentuk kelajuan 110 km pada luar bandar jika dizinkan, 90km secara normal, dan 50km pada landasan di sekitar Bandaraya dan Pekan.  Lebuhraya ini adalah berterusan dan tanpa lengahan oleh lampu isyarat dan cabang jalan.  Pada simpang jalan, lebuhraya ini perlu dijalinkan dengan "flyover" atau "under pass", atau "terowong bawah tanah" jika perlu.  Sistem rekabentuk pengaliran dan saliran air yang mampan dan mantap adalah perlu, memandangkan kemusykilan naluri bentuk bumi yang menyuluh kepada iklim hujan tengkujuh yang berlarutan di sepanjang perjalanan lebih daripada 900km ini.  Beberapa jambatan yang lama dan kuno perlu diperbarui dan dilebar besarkan untuk menampung dua lagi lorong serta lorong tepi 3m.  Kemudahan lorong tepi yang berturap adalah bertujuan untuk kegunaan pembonceng motosikal dan bisikal di sepanjang jalan.    


Lebuhraya ini adalah bersifat TOLL FREE.  (Namun demikian, ianya dicadangkan untuk mengutip tol).   Belanja Pembinaan, kos penyenggaraan selama 50 thn, termasuk tenaga elektrik untuk lampu-lampu Jalan raya , akan menelan belanja sebanyak RM 20 bn.  


Adalah dicadangkan bahawa,  sebuah SPV diperkenalkan iaitu SPV FR1, dimana  Kumpulan Wang Pencen Warga Emas ,KWWE sebagai pemegang saham utama iaitu 51%, seterusnya pihak Kerajaan Negeri-Negeri atau Perbadanan Kemajuan Negeri masing2 memegang 49%.  Negeri-negeri ini termasuklah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.


Jarak Panjang Lebuhraya disemua negeri2 yang berkenaan:dan peratus pegangan saham adalah seperti berikut 

1. Perlis 50km  - 2% - RM800 juta; 

2. Kedah 107 km - 6%; - RM 2.4 bn;

3. Penang 64 km. - 4%; - RM1.6 bn;

4. Perak 239 km - 14%; - RM 5.6 bn;

5. Selangor & KL 119 km - 6%;; - RM 2.4 bn

6. Negeri Sembilan 119km - 6%; - RM2.4 bn

7. Johor 202 km - 11% - RM 4.4 bn  

JUMLAH PEGANGAN SAHAM KERAJAAN NEGERI2 - 49%.



Adalah dicadangkan bahawa KWWE akan menyediakan dana "RM20.4 bn secara berperingkat-peringkat mengikut skala kemajuan perlaksanaan pembinaan lebuhraya.  


Pihak Perbadanan Kerajaan Negeri Masing2 akan menampilkan tanah-tanah untuk pembangunan hartanah atau pembangunan penanaman hasil perusahaan utama iaitu kelapa sawit, tebu, jagung, ubi kayu dan sayur-sayuran, dan tanah-tanah untuk pembangunan hartanah, kuari granite, pasir dsb.  


Antara lokasi-lokasi yang diperlihatkan adalah seperti berikut: - 

1. Ladang tebu di seluruh Negeri Perlis

2. Tapak kilang gula di Negeri Perlis, 

3. Tanah Pembangunan Hartanah di Padang Besar, Kangar dan Arau

4. Tanah rezab hutan/belukar yang diusahakan untuk tanaman jagung, ubi kayu dan tebu di seluruh Negeri Kedah

5. Tanah Pembangunan di merata rata kawasan Bandar-bandar dan pekan-pekan di Negeri Kedah yang dikemukakan untuk pembangunan hartanah, termasuk di Kulim dan Bandar Baharu. 

6. Tanah Kuari batu granite dan tanah pasir di Negeri Kedah - bertujuan untuk mendapat bekalan batu granite dan pasir untuk kegunaan pembinaan jalan. 7.  Tanah persisiran pantai di Sungai Acheh, Nibong Tebal yang bersebelahan dengan Tanjung Piandang, Parit Buntar, bertekad untuk menimbus tanah laut dan diusahakan sebagai Pusat Perindustrian Teknologi Tinggi Krian - Nibong Tebal.

8. Pulau Jerejak 

9. Tanah untuk penanaman kelapa sawit, jagung, tebu dan ubi kayu di seluruh negeri Perak.

10. Tanah bekas lombong dan paya bakau di seluruh negeri Perak, terutamanya di sepanjang Jalan FR1

11. Tanah bekas lombong kepunyaan Kerajaan Neger Peraki yang boleh diusahakan sebagai tanah perindustrian, terutamanya di sebelah Daerah Mualim dan Batang Padang.

12. Tanah kuari dan pasir di Padang Rengas, Sungai Siput, Kampar, Tapah, Slim River dan Tanjong Malim

13. Tanah pembangunan hartanah milik Kerajaan Negeri Selangor di Bernam Jaya, Antara Gapi, Bukit Sentosa, Bukit Beruntong, Ijok, Kuala Selangor, Bestari Jaya, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam

14. Tanah Kuari di Bukit Lagong, Sungai Buloh.

15. Tanah Kuari di Beranang

16. Tanah Kuari di Tampin dan Gemas,

17. Tanah untuk penanaman jagung, ubi kayu dan tebu yang masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sembilan;

18. Tanah untuk pembangunan hartanah di bandar-bandar dan pekan2 di seluruh Negeri Sembilan trerutamanya di sepanjang Jalan Persekutuan Fr!

19. Tanah rezab hutan Kerajaan Negeri Sembilan yang digazet untuk tanaman kelapa sawit, ubi kayu, jagung dan tebu secara besar-besaran.

20. Tanah rezab hutan Kerajaan Negeri Johor yang boleh digazet untuk ladang tebu, ubi kayu dan jagung serta kilang loji pembuatan ethanol dan methyl ester (daripada minyak sawit) bagi pembuatan biofuel dan biodiesel. 

21. Pulau Kukup, Negeri Johor

22. Tanah pembangunan Hartanah milik Kerajaan Negeri Johor di pekan-pekan dan bandar-bandar di seluruh Negeri Johor, terutamanya di sepangjang Jalan Persekutuan FR1.


Nilai tanah dan perkembangan pembangunan hartanah akan menjadi teks perbincangan di mana pada hakikatnya ianya merupakan suatu lonjakan ekonomi setempat di sepanjang 900 km jalan raya Persekutuan ini.  Ada baiknya kita menaburkan kepada ramai pihak supaya perancakan ekonomi bukan sekadar hanya untuk beberapa pihak individu sahaja.  ianya juga menggiatkan beberapa sektor ekonomi, termasuk pertanian, perlombongan, pembinaan, perkilangan, pembangunan hartanah, industri biofuel, ladang solar di bekas lombong, perternakan ayam kampung, itik, kambing dan lembu secara besar-besaran di bekas lombong dan tanah usang, penanaman sayur-sayuran semasa di tempat altitud yang tinggi (berdekatan dengan Cameron Highlands di Gopeng dan Tapah, Perak).  


Pihak pentadbir perlu berkenan untuk meneliti samada Lebuhraya ini perlu mengutip tol.  Kutipan tol ini akan disalurkan kepada pemiliknya terbesar SPV iaitu Kumpulan Wang Warga Emas, dapat memberi manafaat dengan bayaran dalam bentuk wang sagu PENCEN khas untuk warga Menua umur 65 keatas.  Disamping itu, hasil kutipan tol ini akan juga memberi manafaat kepada Kerajaan2 Negeri dimana Lebuhraya Persekutuan FR1 ini telah mencerminkan suatu ciri pembangunan domestik yang unik dan mantap.  Dengan wang ringgit yang lebih, maka Kerajaan 2 Negeri dapat menjanakan lagi banyak aktiviti2 kebajikan, sukan, keagamaan, tata susila yang berdaulat dan beriman.  Ini akan merancakkan lagi semangat manusiawi yang mampam, mesra, sejahtera, mantap, hormat, berinovasi, berdaya saing dengan penuh keyakinan dan berihsan.

















9.0 TRANS BORNEO RAILWAY


(xx) RANGKAIAN KERETAPI TRANS BORNEO 

(TRANS BORNEO RAILWAY)  - TBR


SARAWAK mempunyai Tanah Bumi seluas 124,450 km2 dengan 2.5 juta orang, SABAH pula 73,260 km2, 3.7 juta orang. Kedua-dua Wilayah mencatatkan pertumbuhan penduduk setinggi 2.3% setahun.  Menjelang 2050, penduduk mereka akan mencecah 13 juta.  


Disebelah Indonesia sini, Kalimantan mempunyai tanah bumi seluas 743,430 km2, penduduknya 17 juta, kadar pertumbuhan penduduk juga meningkat secara mendadak, terutama sekali apabila ibukota Indonesia berpindah ke Nusantara, Kalimantan Timur. Dianggarkan penduduknya akan mencecah  60 juta, hasil daripada penghijrahan ke ibukotanya.  


Jadi jumlah penduduk di seluruh Kalimantan (termasuk Sabah & Sarawak) akan mencecah 70 juta pada 2050.  Indonesia merangkumi 73% daripada tanah bumi Kalimantan, Sabah dan Sarawak merangkumi 27% daripada tanah bumi kepulauan ini.  


Jadi, adalah wajarnya penjalinan tanah bumi dilengkapi dengan rangkaian keretapi dengan tujuan untuk pengangkutan bahan-bahan hasil bumi seperti arang batu, CPO, dan ethanol , methyl ester kelak.  Ianya juga menjadi suatu ciri-ciri pelancongan, yang mengangkut orang ramai di sekitar Sabah dan Sarawak dan seterusnya menyambung Pontianak di  Kalimantan Barat, Kalimantan Utara dan Tengah, serta Balikpapan dan paling pentingnya Nusantara di Kalimantan Timur.  


Adalah dicadangkan bahawa dua rangkaian landasan keretapi dual- trek , yang bertindan dengan jarak landasan  3200 km. Bermula di Bau, Sarawak, dan berakhir di Tawau, Sabah , bertindih di Simanggang, dengan suatu landasan menghala ke Sibu, Bintulu, ke Long Lama, Baram, ke Merarap, Lawas, dan berakhir di Kota Kinabalu. (Fasa 1- 950 km). 


Fasa 2 bermula daripada Kota Kinabalu, menghala ke Kota Marudu-Ranau-Sandakan, Ranau ke Pensiangan,, Sandakan ke Lahad Datu ke Semporna, serta Lahad Datu ke selatan menyambung dan berakhir di Tawau (jarak landasan 985km)>


Fasa 3 pula bermula di Tawau, menyambung kepada Pensiangan menghala ke barat iaitu Ba'kelalan, Long Palai di Baram, dan terus sambungkan Kapit, dan seterusnya Simanggang. Di antaranya juga dua landasan penyambung di Kapit, suatu landasan menuju ke Bintulu, dan suatu yang lain menuju ke Sibu.  Suatu landasan penyambung bermula daripada Long Palai ke Long Lama dan berakhir di Miri. dan suatu landasan menyambungkan Ba'kelalan dengan Merarap yang merentas  masuk ke Brunei.hingga ke Limbang. Sarawak, juga menyambungkan Bandar Seri Begawan di Brunei kelak. Panjang landasan Fasa 3 adalah 1285 km.


Mengikut kiraan dan interpolasi kos pembangunan ECRL di Semenanjung Malaysia, juga beringatkan projek akan dilaksanakan selepas 2030, anggaran kos pembangunan 3220 km dengan 78 stesen perhentian adalah RM225 bn,

Adalah dicadangkan bahawa SPV TBR didirikan dengan dana sebanyak RM300 bn.  Dicadangkan juga Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Wilayah Sarawak dan Kerajaan Wilayah Sabah bersamaan dengan Kumpulan Wang Warga Emas berlabur di dalam projek ini.


Cadangan pemegangan saham adalah seperti berikut:-


1. KERAJAAN PERSEKUTUAN - 30% - RM90 Bn, melalui terbitan MGS -  50 tahun dengan kadar 4.5% pa.

2. KERAJAAN WILAYAH SARAWAK - 11.25% - RM33.75 Bn, melalui kurniaan tanah kepada SPV TBR untuk penanaman tebu - seluas 600,000 hektar (yakni dengan harga premium RM56,250 per hektar);

3. KERAJAAN WILAYAH SABAH - 7.5% - RM22.50 Bn, melalui kurniaan tanah kepada SPV TBR untuk penanaman tebu - seluas 400,000 hektar (yakni dengan harga premium RM56,250 per hektar);

4. KUMPULAN WANG WARGA EMAS - 51.25% - RM153.75 Bn - melalui DANA hasil caruman daripada Skim Ongkos MADANI. 


Mengikut kadar dan skala yang begitu besar, ianya lebih munasabah untuk menjalinkan kebolehlaksanaan projek (viable and feasible, workable and practicle, usable and quantifiable).  Berikut adalah pendekatan perlaksanaan :- 

1. Projek bermula dengan menanam tebu, 1,000,000 hektar dibahagikan kepada beberapa fasa dan saiz tanah lot sekecil 125 hektar sehingga 31,250 hektar bergantung kepada pengusaha-pengusaha tempatan.  Anggaran masa bagi kesemua tanah dapat diusahakan dalam masa 16 tahun. Hasil-hasil tebu akan dihantar ke kilang yang berdekatan untuk pemerahan jus molar yang akan ditapai menjadi etanol.  

2. Anggaran keluaran etanol adalah 6617 liter etanol sehektar tanah suatu musim setahun. Adalah dianggarkan jumlah keluaran etanol adalah sebanyak 6.617 bn liter setahun.  Jika dibancuh kepada biofuel E25 - maknanya jumlah biofuel yang boleh diusahakan = 26.468 bn liter E25. Oleh kerana etanol adalah bebas daripada cukai bahanapi fosil, dan perlaksanaan skim Ongkos MADANI yang menekankan  cukai bahanapi fosil ke atas gasolin RON95 dan RON97, dan harga etanol yang lebih murah daripada RON95, maka perusahaan pengeluaran E25 akan mendatangkan hasil bersih sebanyak RM 10 bn setahun (apabila kesemua tanah ladang tebu diusahakan dengan mantap).

3. Wilayah Sarawak dan Sabah mempunyai kebun dan ladang kelapa sawit sebanyak 3.13 juta hektar, keluaran tahunan CPO Sabah adalah 4.29 juta ton mertik, manakala Sarawak mengeluarkan 4.00 juta ton metrik CPO.  Adalah dicadangkan bahawa beberapa loji pemprosesan dan perkumbahan methyl ester (biodiesel) disediakan di Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Samalaju, Kapit, Sibu, Miri, Simanggang dan Kuching.  Dianggarkan sebanyak 2.5 bn liter Methyl Ester (biodiesel) dapat setiap tahun.  Dengan bancuhan B25 (25% methyl ester , 75% diesel biasa),  10 bn liter Biodiesel B25 dapat dikeluarkan.  Walaupun harga pasaran diesel biasa adalah lebih murah daripada methyl ester (daripada CPO), tetapi dengan cukai bahanapi fosil sebanyak RM2.50 seliter dikenakan ke atas diesel biasa, dan methyl ester adalah tanpa cukai, lantaran itu 10 bn liter Biodiesel B25 yang dikeluarkan dapat menjamin keuntungan kasar sebanyak  RM5.6 bn setahun.  

4. Daerah Kalimantan Utara dan Kalimantan Timur kaya dengan arang batu yang bermutu tinggi.  Penjalinan landasan keretapi akan memungkinkan pengangkutan arang batu keluar daripada pedalaman Kalimantan.  Kemaskini, TNB dan bebarapa IPPs di Semenanjung bergantung kepada bekalan arang batu daripada Kalimantan Timur.  Adalah dicadangkan bahawa bekalan arang batu boleh diangkut melalui rangkaian keretapi terutamanya melalui Kapit dan dituju ke Sibu dan Samalaju (Bintulu) dan dihantar ke Semenanjuing Malaysia.  Sebanyak 31 juta ton metrik arang batu digunakan setiap tahun.  Adalah dicadangkan bahawa 4 buah stesen Janakuasa Elektrik - arang batu dengan kapasiti 300MW - 500MW (bergantung kepada permintaan)  dibina di Kapit, Bintulu, Tawau dan Sandakan.  Walaupun, tenaga elektrik yang dijanakan mendatangkan tamparan hebat (kerana pencemaran alam sekitar), namun harganya adalah amat murah dan paling effisien jika dibandingkan dengan cara janakuasa yang lain.  Adalah dilangkahkan bahawa, kemuskilan terhadap pencemaran alam sekitar tidak disabuti di Sarawak dan Sabah dimana lebih daripada 90% daripada tanah bumi masih diliputi dengan hutan belukar dan tanaman hijau.  Tambahan pula ianya terletak betul-betul di Kawasan Khatulistiwa yang berhujan pada semua waktu dan harian.

5. Penjanaan elektrik menggunakan arang batu tempatan di Kalimantan yang bermutu tinggi akan mendatangkan keuntungan kasar sebanyak RM 1 bn setahun.  Hasil daripada pengangkutan arang batu, methyl ester, etanol dan pengangkutan awam akan mendatangkan keuntungan kasar sebanyak RM2.1 bn setahun (apabila semua landasan keretapi dan penduduk mencapai 60 juta di seluruh Kalimantan).  Dengan jumlah hasil keuntungan kasar sebanyak RM18.7 bn setahun, ianya akan dapat membiayai seluruh pembinaan Rangkaian Keretapi Trans Borneo (TBR).




10.0 PULAU KUKUP BIOFUEL HUB & 3000MW COAL FIRED POWER PLANT


(xxi) PULAU KUKUP BIOFUEL HUB & STESEN JANAKUASA (ARANGBATU) 3000MW



Pulau Kukup terletak di sebelah pesisiran pantai barat di Pontian, Johor.   Ia merupakan sebuah pulau yang dipenuhi dengan hutan belukar dan paya bakau.  


Adalah dicadangkan bahawa sebahagian besar pulau ini dikekalkan paya bakau, dan sebuah jambatan akan dibina menjalinkan pulau ini dengan Pekan Kukup.  Sebuah dermaga akan dibina bagi memunggah arang batu , etanol, methyl ester, Diesel dan gasoline serta barang barang keperluan yang terlibat. 


Disarankan juga pemaju boleh menambak tanah untuk loji biofuel dan stesen janakuasa, dan hutan belukar paya bakau dikekalkan.  

Saluran air paip juga disambung melalui jambatan antaranya. 


Stesen Janakuasa Arangbatu - 1200 MW akan disambung kan dengan grid Nasional yang berdekatan di Pontian.  Hasil tahunan  tenaga elektrik 10 GWh yang mengunjur nilai dagangan RM 7.5  bn, dimana 4 juta ton metrik arang batu digunakan.


Biofuel hub di Pulau Kukup akan mengeluarkan 25 bn liter Bio Gasoline E25, 9 bn liter Biodiesel B25 bagi memenuhi keperluan tempatan di Semenanjung Malaysia. Ianya mengunjur nilai dagangan tahunan sebanyak RM204 bn.


Hub Biofuel Pulau Kukup dan Stesen Janakuasa Arangbatu adalah sebahagian daripada "spill over" yang dicarta dari Program Rangkaian Landasan Keretapi Trans Borneo.



(xxii) CCS - CARBON CAPTURE AND STORAGE


Carbon Capture and Storage (CCS) merupakan suatu proses penyemudian dan pengutipan gas karbon dioksida CO2  , dikumpul dan disimpan untuk proses perindustrian yang kelak.  


Ianya mengingkarkan gas karbon dioksida daripada udara, dimana ianya dicampur-baur dengan gas hidrogen H2  bagi memperolehi  methanol  CH3OH.  Gas Hidrogen diperolehi melalui proses pemecahan Air H2O pada tahap tekanan yang padat dan suhu yang mendidih.  Proses pemecahan molekul air ini boleh menggunakan air didih yang merupakan bahan keluaran sambilan di loji janakuasa elektrik.  


Proses pembauran methanol hijau adalah subsektor yang bersebelahan dengan stesen janakuasa (arangbatu).  


Methanol telah dipopularkan oleh pengusaha-pengusaha pengangkutan laut.  Beberapa firma perkapalan antarabangsa seperti Maersk, Hapag-Lloyd dan Seaspan telah mula menggunakan METHANOL HIJAU sebagai bahanapi, bagi menggantikan bahanapi fossil yang sediakala.  


Pulau Kukup dicadang sebagai pusat pembauran bahanapi hijau dan stesen janakuasa elektrik (arangbatu) kerana: 


  • Berdekatan dengan Pelabuhan-pelabuhan di Tanjung Pelepas Singapura, dimana kos pengangkutan methanol hijau adalah lebih cekap dan murah;

  • Pembangunan perindustrian dan perdagangan yang pesat (akibat spill over effect daripada Singapura) memungkinkan Kepadatan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi;

  • Berdekatan dengan sumber arangbatu - di Kalimantan dan Sumatera;

  • Keboleh-jalinan yang baik dengan grid nasional;

  • Hubungan jalanraya dan lebuhraya yang baik dengan seluruh kawasan pentadbiran Semenanjung Malaysia.    

















11.0 PEMBANGUNAN SEMULA PERUMAHAN DI KUALA LUMPUR  


(xxiii) PEMBANGUNAN SEMULA FLAT PERUMAHAN DI KUALA LUMPUR

Pembangunan Kuala Lumpur bermula sejak sebelum merdeka. Flat DBKL dan Perumahan Persendirian setinggi 5 tingkat banyak dibina pada 1970an sehingga akhir tahun 1990an. 


Dalam konteks rekabentuk dan kejuruteraan atruktur, bangunan selama 50 tahun dan keatas, perlu diperbaiki dan diperbaharui. 


DBKL telah mencadang supaya Flat perumahan yang usang ini perlulah dirobohkan dan dibangunkan semula kepada pangsapuri tinggi.


Adalah dianggarkan bahawa hasil cukai pintu dan assessment bertambah 8 kali ganda berbanding dengan keadaan sekarang.


Terdapat 150 tempat di sekitar yang boleh dibangunkan semula, yang melibatkan pembangunan dan pembinaan sebanyak 500 000 unit pangsapuri perumahan dengan unjuran nilai GDV RM250 Bn. Anggaran hasil cukai taksiran adalah 200 juta setahun.  Ciri-ciri pangsapuri mampu milik adalah seperti berikut:-

 

  • Luas permukaan lantai - 83.61 meter persegi  (900kp);

  • Tiga bilik kamar 

  • Dua bilik Air / tandas

  • Ruang Dapur

  • Ruang Makan

  • Ruang Tamu

  • Kawasan Cuci

  • Tinggi - lantai ke siling - minimum 2.90 meter

  • Satu Parkir 

  • Fasiliti Sukan dan Gym

  • Perkhidmatan setempat seperti Klinik Perubatan, Gerai Makan, Mini Mart, Kedai Cuci Baju, Restoran, Nurseri, Tadika, Cawangan Bank (ATM), Gerai talipon dsb.




Nisbah kepadatan untuk pembangunan semula hartanah lama (terutamanya flat rumah murah) adalah 1400 pse.  Ianya akan merancakkan ekonomi setempat di sekitar Lembah Kelang, memberi manafaat kepada warga-warga kota supaya boleh memiliki rumah pangsapuri dengan harga yang berpatutan, di dalam kawasan yang laluan LRT, MRT, Lebuhraya DUKE, SUKE, DASH, SPE yang baru siap, disamping menunggu LRT 3, dengan NKVE, Smart, Sprint, LDP, Kerinchi Link, NPE dll.  


Perlu diingatkan bahawa purata tempoh gantian rumah-rumah adalah 50 tahun,  Flat2 terutamanya Flat Rumah Kos Rendah yang dibina pada tahun 1970 an dan sebelumnya perlulah diganti baru / di bangun semula pada ketika ini.  Justeru itu, flat2 rumah yang dibina pada tahun 1980an akan diganti baru pada dekat yang akan datang.  

Ia memberi suatu ketetapan yang wajar dan sempurna, dimana kehendak zaman sekarang tidaklah dapat dipenuhi oleh flat2 rumah murah yang ketinggalan zaman.  Keadaan flat2 5 tingkat ini juga tidak dapat menyumbang lebih banyak hasil cukai taksiran, dimana belanja mengurus dan belanja pembangunan DBKL dan PBT semakin bertambah.  


Ada baiknya Kerajaan Negeri Selangor melalui program pembangunan mereka, memberi penekanan untuk menyediakan peluang pembangunan hartanah di tempat lokasi yang semakin jauh daripada Kota Raya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.  Banyak pembangunan hartanah rumah teres dan pangsapuri kos sederhana dan mampu milik ala Rumah Selangorku juga diperincikan di sekitar Ijok, Kuala Selangor di barat laut, Banting dan Jenjarom di pantai barat, Semenyih dan Broga di bahagian Selatan , dan Hulu Langat di sebelah timur, Rawang dan Serendah di utara.


Adalah tidak wajar jika warga 2 kota yang bekerja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, tetapi terpaksa tinggal di  Semenyih, Broga, Banting, Ijok, Bukit Beruntong, Hulu Langat, Sepang dll.  


Pembangunan semula flat-flat rumah kos rendah menampakkan lokasi hartanah, dimana ianya merupakan petunjuk harga pasaran.   LOCATION, LOCATION, LOCATION, inilah pesanan daripada agen jualan hartanah.  Adalah wajar kita mempelawa warga-warga kota untuk bermastautin di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Pandan, Cheras, Ampang, Selayang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching.


Flat DBKL Sri Langkawi, Sri Kedah, Sri Perlis, Sri Sabah, Flat-flat rumah kos rendah di Desa Petaling, Sri Petaling, Taman Maluri Cheras, Taman Maluri Kepong, Sri Damansara, Seksyen 17 Petaling Jaya, Taman Medan, Flat DBKL Fasa 3, 8 dan 9 di Sentul, Flat Rumah Murah di Taman Sri Bahtera, Taman Naga Emas, Taman Salak Selatan, Taman Sri Aman, Taman Segar, Flat 5 tingkat kos rendah di Setapak Jaya, Seksyen 1, 2 dan 4 Wangsa Maju, Flat 5 tingkat kos rendah di Taman Sri Rampai, Flat-flat 5 tingkat kos rendah di Intan Baiduri, Selayang, adalah antara ribuan unit perumahan rakyat yang perlu dibangunkan semula.   


Ada kebaikannya bahawa rumah pangsa dan flat-flat kos rendah yang berkeluasan rumah 550kp - 650kp, dianugerahkan dengan unit rumah sebesar 900kp dengan kemudahan-kemudahan yang lebih canggih dan mengikut zaman, memiliki sistem sekuriti dan keselamatan yang lebih canggih, dimana gejala-gejala penagih dadah dapat dielakkan.  Pembangunan hartanah kemaskini juga menyediakan tempat-tempat parkir yang mencukupi dan selesa. 


Penghijrahan penduduk secara beramai-ramai daripada luar bandar berlaku pada tahun 1970an sehingga kini.  Kotaraya Kuala Lumpur telah dikelilingi dengan pembangunan yang begitu pesat di sekitar 40km daripada Kuala Lumpur.  Ada baiknya perancangan bandar perlu dirujuk kepada  belanja pembangunan bandar yakni kos pembinaan lebuhraya, MRT, LRT, sistem kumbahan air, sistem bekalan air, sistem pengaliran air dan saliran,  pembersihan dan proses mendalamkan sungai-sungai daripada ungkapan banjir semasa musim tengkujuh dsb.  Ini merupakan KOS PEMBANGUNAN DAN PERMODENAN (THE COST OF MODERNISATION AND DEVELOPMEN




















12.0 NAIK TARAF KE STATUS BANDARAYA BAGI KAWASAN PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR DI SEKITAR 10KM DARIPADA SEMPADAN WILAYAH PERSEKUTUAN 



(xxIv) Luas kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah 243 km2.  Bersebelahan dengan sempadan Kuala Lumpur, dengan jarak 10km di kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang meliputi 420 km persegi, ianya perlu dinaik taraf atas status pembangunan yang setimpal dengan kawasan pentadbiran DBKL.  


Justeru itu nisbah plot pembangunan akan dinaikkan ke 8.40.  Dimana-mana kawasan pembangunan pesat, nisbah plot boleh dinaikkan sehingga 16.8.


Kepadatan (density) perumahan pangsapuri boleh ditempatkan sehingga 1000 ose, dengan 250 unit pangsapuri seekar.  Kawasan Perumahan yang sediakala, terutamanya flat 5 tingkat kos rendah dan serderhana rendah boleh dibangun semula dengan kepadatan sehingga 1400 ose iaitu 350 unit pangsapuri seekar. 


Di sekitar kawasan Bandaraya Lembah Kelang ini tersedianya Lebuhraya-lebuhraya Bertingkat seperti DASH, SUKE, DUKE, SPE, dan MRT 1 dan 2, LRT 3, akan dapat menambung penambahan penduduk ini.  


Adalah diingatkan bahawa, ianya perlu menambah baik dan mengemaskinikan infrastruktur seperti bekalan air, jalinan rangkaian tenaga elektrik, perisian data, kumbahan pembetungan, pengaliran dan saliran.


Kawasan pentadbiran Negeri Selangor yang terlibat adalah seperti berikut:-

  • MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

    • Seksyen 1 hingga Seksyen 23 Petaling Jaya;

    • Seksyen 51,51A, Seri Setia, Petaling Jaya;

    • Taman Medan, Kampung Medan, Taman Maju Jaya;

    • PJS 1 hingga PJS 10, Petaling Jaya 

    • SS1 hingga SS11, SS21 hingga SS26

    • PJU 1 hingga PJU 10

    • Amansuria, Bandar Sri Damansara, Bandar Utama, Damansara Damai, Bukit Mayang Mas, Damansara Indah, Damansara Perdana, 

    • Kampung Sungai Kayu Ara, Kota Damansara, Lembah Subang, Lorong Universiti, Kampung Bukit Lanjan, Mutiara Damansara;

    • Sunway Damansara, Sunway Mas, Taman Industri Sungai Buloh,

    • Taman Industri Jaya, Taman Sri Manja, Tropicana


  • MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA

    • Bandar Kinrara, Bandar Puchong Jaya, Bandar Puchong Utama, Bandar Puteri;

    • Puncak Jalil, Serdang Raya, Seri Kembangan, 

    • SS12 hingga SS19,

    • Sungai Besi, Taman Equine, Taman Sri Puchong, 

    • USJ 1 hingga USJ 25

  • MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

    • Ampang Avenue, Ampang Point, Ampang Saujana, Ampang Waterfront, Bandar Baru Ampang, Berembang Indah, Ampang Permai, Bukit Antarabangsa, Bukit Belacan, Bukit Kemensah;

    • Jelatek, Ukay, Pandan Indah, Pandan Jaya, Pandan Perdana; Pandan Mewah, Pekan Ampang, Taman Melawati;

    • Kg Baru Ampang, Kg Baru Ampang Tambahan, Kg Fajar, Klang Gate, Kampung Pandan, Sungai Sering, Kuala Ampang, Lembah Jaya;

    • Taman-taman di Bukit Segar, Cheras, Teratai, Cahaya, Cempaka,

    • Taman-taman di Keramat & Pandan, Ukay Perdana.

  • MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

    • Kepong Industrial Park, Desa Aman Puri, Desa jaya;

    • Taman-taman di Batu Caves, Bukit Idaman, Sri Gombak;

    • Taman-taman di Bandar Baru Selayang;





















13.0 PERUNTUKAN ONGKOS MALAYSIA UNTUK KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI & WILAYAH


(xxv)  Peruntukan Ongkos Malaysia kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Wilayah. 


Sebahagian daripada kutipan cukai VAT, iaitu 0.6% daripada 17% telah diperuntukkan sebagai INSENTIF kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Wilayah, yang bergantung kepada:- 


  • Peratus penduduk daripada jumlah penduduk Malaysia;  

  • Peratus sumbangan nilai KDNK Negeri atas jumlah KDNK Malaysia.
     


Tabulasi yang berikutnya memaparkan pendapatan  Ongkos Malaysia oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri & Wilayah.  Negeri yang paling tinggi pendapatannya adalah Selangor - sebanyak RM2.9 Bn. 


Peruntukan ini menampakkan suatu daya penganjak untuk pentadbir-pentadbir negeri supaya mereka dapat berusaha lebih gigih dan kuat untuk meninggikan KDNK demi mempergiatkan ekonomi setempat secara khususnya.


Adalah dicadangkan juga, pihak-pihak pentadbir Negeri juga memberi insentif kewangan dan sebagainya kepada PBT atas kecenderungan mereka dalam pencapaian KPI mereka.


Dengan adanya peruntukan Ongkos Malaysia ini, Kerajaan-Kerajaan Negeri dapat mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti dan program-program pembangunan dan kemanusiaan yang lebih baik.

.

Ini termasuklah program untuk pemasaran dan promosi supaya pelabur-pelabur terutamanya MNC dapat melabur dan mendirikan kilang-kilang di kawasan pentadbiran masing-masing. 
















Negeri

Penduduk

(juta)


Pada 1.1.2024

% daripada jumlah penduduk

KDNK Negeri

2023

RM ‘Bn

(pada harga malar)

% daripada Jumlah KDNK

Purata

Jumlah Ongkos Malaysia Diperolehi

Setahun


RM ‘juta

Perlis

0.297

0.87%

6.3

0.41%

0.64%

76.8

Kedah

2.218

6.51%

51.8

3.40%

4.96%

595.2

Kelantan

1.889

5.55%

27.6

1.81%

3.68%

441.6

Terengganu

1.232

3.62%

38.2

2.51%

3.07%

368.4

P. Pinang

1.800

5.28%

116.0

7.61%

6.45%

774.0

Perak

2.570

7.55%

82.6

5.42%

6.49%

778.8

Pahang

1.668

4.90%

64.9

4.26%

4.58%

549.6

Selangor

7.363

21.62%

406.1

26.66%

24.14%

2,896.8

WP KuL

2.188

6.42%

249.3

16.36%

11.39%

1,366.8

Negeri 9

1.240

3.64%

51.9

3.41%

3.53%

423.6

Melaka

1.047

3.07%

46.9

3.08%

3.08%

369.6

Johor

4.186

12.29%

148.2

9.73%

11.01%

1,321.2

WP Labuan

0.101

0.30%

8.1

0.53%

0.42%

50.4

Sabah

3.742

10.99%

83.2

5.46%

8.23%

987.6

Sarawak

2.518

7.39%

142.4

9.35%

8.37%

1,004.4

Malaysia

34.059

100.00%

1523.5

100.00%

100.00%

12,000.0


TABULASI : Anggaran Jumlah Ongkos Malaysia yang dibahagikan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Wilayah-Wilayah mengikut kadar peratus KDNK dan bilangan penduduk.











NEGERI

BELANJAWAN

2024


RM ‘ JUTA

PERUNTUKAN ONGKAS MALAYSIA

RM ‘JUTA

JUMLAH



RM ‘JUTA

PERATUS TAMBAHAN




PERLIS

293.9

76.8

370.7

26.1%

KEDAH

1,241.0

595.2

1,836.2

48.0%

KELANTAN

1,610.0

441.6

2,051.6

27.4%

TERENGGANU

1,860.0

368.4

2,228.4

19.8%

P. PINANG

1,047.0

774.0

1,821.0

73.9%

PERAK

1,350.0

778.8

2,128.8

57.7%

PAHANG

1,125.0

549.6

1,674.6

48.8%

SELANGOR

2,530.0

2,896.8

5,426.8

114.5%

WP KUL

2,660.0

1,366.8

4,026.8

51.4%

NEGERI 9

555.0

423.6

978.6

76.3%

MELAKA 

564.6

369.6

934.2

65.4%

JOHOR

1,800.0

1,321.2

3,121.2

73.4%

WP LABUAN

-

50.4

-

-

SABAH

5,701.0

987.6

6,688.6

17.3%

SARAWAK

8.040.0

1,004.4

9,044.0

12.5%

JUMLAH

30,377.5

12,000.0

42,337.5

39.5%


TABULASI: Perbandingan antara Belanjawan Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Wilayah dan Pertambahan hasil pendapatan akibat Peruntukan Ongkos Malaysia


14.0 GENERATION END GAME 


(xxvi). Pengemaskinian & Pertambah-baikan Status Utama Rakyat Berbangsa Melayu dan Status Bumiputera kepada semua rakyat yang beranak dan membesar di Bumi Malaysia


Status ISTIMEWA kepada Rakyat Berbangsa Melayu telah termaktub dan ternyata di dalam Perlembagaan.  


Bahawanya  tanah-tanah dengan GERAN MERAH bagi kawasan pentadbiran di Semenanjung Malaysia, yang khasnya hanya boleh dimiliki oleh RAKYAT BERBANGSA MELAYU mestilah dipelihara dan dimaktubkan.


Bahawanya, INSTITUSI RAJA-RAJA & KESULTANAN MELAYU adalah DILUHUR  DAN DIJUNJUNG  TINGGI. 


Bahawanya, kaum pribumi di Sabah & Sarawak telah diberikan perhatian khas dan status istimewa, dan ini termaktub dalam Perlembagaan.  


Bahawanya tanah-tanah yang berstatus NATIVE LAND bagi kawasan pentadbiran di Sabah dan Sarawak, yang khasnya hanya boleh dimiliki oleh RAKYAT YANG ASALNYA PRIBUMI SABAH & SARAWAK - mestilah dipelihara dan dimaktubkan.


Bahawanya, GENAP 31HB OGOS, 1957.  SEMUA RAKYAT YANG BERBILANG BANGSA, yang lahir di Malaysia, dan bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas, akan diiktirafkan sebagai TARAF BUMIPUTERA. 














15.0 PENSWASTAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI, KOLEJ-KOLEJ DAN SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERNAMA


(xxvii). Penswastaan Institusi-Institusi Pendidikan Yang Ternama & Naik Taraf ke status “international schools” and “international college” atau “private college”


Penjajahan British ala “straits settlements” dan pentadbiran ala “residency”  samada “federal states” dan “non-federal states” selama lebih daripada 200 tahun ini telah mendirikan aset-aset pendidikan yang bermutu tinggi di Malaysia.   Diantaranya, sebahagian daripada institusi-institusi pendidikan diusahakan oleh mubaligh-mubaligh serta kumpulan gereja yang mengamalkan pendidikan ala Inggeris..

Adalah dicadangkan bahawa sekolah-sekolah ini “diswastakan”, dimana ianya mengambil pendekatan yang berikut:-

  • Kerajaan melalui SPV KPM dan SPV KPTM, iaitu pemegang taruh aset-aset ini, akan mendapat hasil melalui  “penswastaan” atau “pengkorporatan” institusi-institusi ini;

  • Status institusi-institusi ini boleh dinaik taraf sebagai “private college” dan bersifat “international school”,  lalu ianya akan dapat mengutip fee dan caj bayaran yang bersifat “swasta”; 

  • Kerajaan akan dapat menjimat kos pengendalian dan kos pembangunan institusi-institusi berikut;  

  • Bahawanya ianya boleh menerima pelajar-pelajar daripada luar negara terutamanya daripada negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Brunei, China, Hong Kong, Taiwan, dll. Ini akan mendatangkan hasil kemasukan wang asing.


Institusi-institusi yang berada dalam kategori ini adalah seperti berikut:-
 

  • SMK-SMK Mubaligh di beberapa tempat di Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak ;

  • SMJK Cina di beberapa tempat di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak;

  • SJKC & SK Mubaligh di beberapa tempat di seluruh Negara;

  • Victoria Institution, Kuala Lumpur;

  • St John Institution, Kuala Lumpur;

  • Penang Free School, George Town, Penang;

  • St Xavier Institutions, Air Itam, Penang;

  • Malay College Kuala Kangsar, Perak;

  • St Michael Institution, Ipoh, Perak;

  • SMK Andersons, Ipoh, Perak;

  • Melaka High School, Melaka.

  • Klang High School, Klang, Selangor;

  • St Paul Institution, Seremban, Negeri 9;

  • SMK Bukit Bintang, Petaling Jaya, Selangor;


 
Seperkara di atas, “penswastaan” di atas memberi peluang kepada para guru-guru dan tenaga pendidikan untuk berkecimpung sebagai pekerja swasta yang berpeluang menyelah pendapatan yang lebih lumayan dengan skim pampasan yang berlainan. 


Kerajaan Persekutuan pula akan berpeluang untuk mengurangkan belanja mengurus atas pengkorporatan pengurusan institusi-institusi pendidikan di atas.

Adalah disasarkan bahawa kos belanja mengurus dan pembangunan akan dikurangkan sebanyak RM10 Bn setahun.


Dianggarkan bahawa 1100 buah (10% sekolah-sekolah menengah dan rendah akan dicantum-besar, dinyahkan dan “diswastakan” dan “dikorporatkan”.  Ianya juga  termasuk dengan sekolah-sekolah rendah di kawasan luar bandar dan separa bandar, dengan bilangan murid-murid yang kurang.



(xxviii). PENGEMUDIAN UNIVERSITI TEMPATAN ALA “IVY COUNCIL” 


Beberapa buah Universiti awam diperlihatkan sebagai Institut Pengajian Tinggi yang mempunyai tahap “PREMIUM”.  Mereka ini ialah

  • UNIVERSITI MALAYA

  • UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

  • UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

  • UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

  • UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK


ADALAH dicadangkan bahawa universiti-universiti ini menyerlah sistem pendidikan ala cara antarabangsa, yang mempertunjukkan keghairahan mutu pendidikan secar meritokrasi.   


Ianya mempertunjukkan pengajian tinggi yang lebih kepada ANTARA BANGSA dan bertindan dengan R & D, dengan kemudahan dan kelengkapan yang seiras dengan firma-firma MNC dan syarikat-syarikat tempatan yang maha besar dan eksklusif. 


Pelajar-pelajar tempatan dan luar negaraq yang keputusan Pra-Universiti mereka yang “PALING CEMERLANG’ akan diberi keutamaan untuk memasuki  Universiti-universiti ini.  Keutamaan diberikan kepada para pendidik dalam  R & D bersamaan dengan firma-firma swasta adalah salah satu KPI yang menyerlah pembelajaran akademik lepasan ijazah.  


Adalah dicadangkan suatu tabung pendidikan sebanyak RM10 Bn akan didirikan bagi menampung keperluan dan kehendak R & D.












16.0 PENGKORPORATAN ASET-ASET KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


(xxix) PENGKORPORATAN HOSPITAL-HOSPITAL DAN KLINIK-KLINIK KESIHATAN


Pensekuritisasi Aset Aset Kesihatan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah melupus huitang negara termasuk MGS dan bon-bon semasa.  


Dicadangkan bahawa aset-aset ini diambil alih oleh sebuah iaitu, SPV KKM, melalui terbitan saham keutamaan (preference share).  Saham keutamaan ini akan dilanggan oleh terutamanya oleh pemegang bon-bon negara dan MGS, yakni KWSP, KWAP, ASN, PNB dan pelbagai GLCs.    


Adalah dianggarkan terbitan SAHAM UTAMA (PREFERENCE SHARE)  sebanyak RM600 Bn yang memberikan dividen tetap 4.5% setahun selama 30 tahun.  


Kemaskini, Belanjawan Mengurus dan Belanja Pembangunan KKM tahun 2024 adalah RM41.2 Bn.  Peruntukan Ongkos Malaysia dalam IKN adalah RM 36 Bn.   

JUMLAH HASIL TETAP SPV KKM =  RM 41..2 + 36.0  Bn 

=  RM 77.2 Bn



Saham Utama ini akan ditebus balik secara beransur-ansur dalam masa 30 tahun.   Tabulasi yang berikut  tersenarai dengan keadaan aliran kewangan secara pro-forma.   



Adalah dicadangkan bahawa, pesakit-pesakit (termasuk pesakit-pesakit luar) perlu membayar sebanyak 30% daripada caj rawatan. Pada kemaskini, rawatan pesakit luar hanya dikenakan RM1.00.  Rawatan dan fee pesakit dalam terutamanya perkhidmatan pembedahan dan penempatan wad adalah pada tahap harga yang terlalu rendah.  Warga penjawat-penjawat awam juga perlu dikenakan bayaran yang sama.  

 

Bagi pendatang asing dan warga bukan negara (terutamanya pekerja-pekerja izin asing) boleh membuat caruman IKN.  Premium Bayaran sehingga RM150 sebulan (atau lebih daripada itu) kepada IKN oleh majikan-majikan, bahawanya warga bukan negara juga akan hanya perlu membayar 30% daripada caj dan fee rawatan (samada pesakit luar atau pesakit dalam).  Bayaran penuh akan dikenakan kepada pesakit-pesakit yang tidak mencarum kepada IKN.  Namun demikian, perhatian dan tata susila yang khas akan diberi kepada warga-warga bukan negara dan pendatang-pendatang tanpa izin di Wilayah Sabah (had kuasa tindanan diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Saba








TAHUN

SAHAM 

UTAMA

YANG 

MASIH 

ADA


RM ‘Bn

HASIL 

SPV 

KKM




RM ‘Bn

DIVIDEN KEPADA 

SAHAM 

UTAMA


RM ‘Bn

BELANJA URUS & BANGUN

TEBUS

SAHAM

UTAMA

ALIRAN TUNAI SPV KKM

0

600

77.20

27.00

41.2

0

9.0

1

600

78.70

27.00

42.4

10

8.3

2

588

80.30

26.46

43.7

10

8.4

3

576

81.90

25.92

45.0

10

9.4

4

564

83.60

25.38

46.4

10

11.2

5

552

85.20

24.84

47.8

10

13.8

6

540

86.90

24.30

49.2

15

12.2

7

525

88.70

23.63

50.7

15

11.6

8

510

90.50

22.95

52.2

15

12.0

9

495

92.30

22.28

53.8

15

13.2

10

475

94.10

21.38

55.4

15

15.6

11

455

96.00

20.48

57.4

20

13.8

12

435

97.90

19.58

59.4

20

12.7

13

415

99.90

18.68

61.6

20

12.3

14

393

101.90

17.69

63.8

20

12.7

15

369

103.90

16.61

66.1

20

14.0


TABULASI: SPV KKM - ALIRAN TUNAI TERHADAP TERBITAN DAN TEBUSAN SAHAM UTAMA SEMPENA DENGAN BELANJA URUS & PEMBANGUNAN TAHUN 0 HINGGA TAHUN 15






 











TAHUN

SAHAM 

UTAMA

YANG 

MASIH 

ADA


RM ‘Bn

HASIL 

SPV 

KKM




RM ‘Bn

DIVIDEN KEPADA 

SAHAM 

UTAMA


RM ‘Bn

BELANJA URUS & BANGUN

TEBUS

SAHAM

UTAMA

ALIRAN TUNAI SPV KKM

16

343

106.00

15.44

68.5

25

11.1

17

315

108.00

14.18

70.9

25

9.0

18

285

110.20

12.83

73.5

25

7.9

19

255

112.50

11.48

76.1

25

7.8

20

225

114.70

10.13

78.9

25

8.5

21

195

117.00

8.78

82.2

25

9.5

22

165

119.30

7.43

85.6

25

10.8

23

135

121.70

6.08

89.2

25

12.2

24

105

124.20

4.73

93.0

25

13.7

25

90

126.70

4.05

96.9

25

14.5

26

75

129.20

3.38

100.9

25

14.4

27

60

131.80

2.70

105.2

25

13.3

28

45

134.40

2.03

109.6

25

11.0

29

30

137.10

1.35

114.2

25

7.6

30

15

139.80

0.68

119.0

25

2.7


TABULASI: SPV KKM - ALIRAN TUNAI TERHADAP TERBITAN DAN TEBUSAN SAHAM UTAMA SEMPENA DENGAN BELANJA URUS & PEMBANGUNAN TAHUN 16 HINGGA  TAHUN 30


















     


7.0 PENUTUPAN


(xxx). KE ARAH NEGARA MAJU


Pensekuritisasi Aset Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia. telah menyifarkan Hutang Negara.  Justeru itu, perihal polisi fiskal akan menenangkan nilai matawang Dollar Malaysia secara mampan dan mantap.  Nilai  M$ akan stabil  dan bertambah kukuh jika berbanding dengan matawang lain.


Dengan ini, adalah dicadangkan bahawa Lembaga Matawang Malaysia (LMM - dicadangkan) dengan kerjasama Bank Negara perlu mendepositkan Simpanan Luar dalam bentuk  Matawang yang majmuk dan bukan hanya USD.   Adalah dicadangkan bahawa Bank Negara menyimpan sebanyak 300 ton metrik Emas Tulen yang bernilai USD 23.6 Bn atau RM 111 Bn = M$33.5 Bn.


Nisbah Hutang kepada GDP perlu dipertingkatkan ke tahap 150% dan ke atas.  Oleh itu selepas pelancaran skim Ongkos MADANI, KDNK Malaysia akan mencecah M$1.2 trn atau RM4 trn.  Hutang Negara boleh sampai ke tahap RM6 trn atau M$1.8 trn. Rezab Luar juga boleh ditingkatkan ke tahap M$1 trn atau RM3.4 trn. Bersamaan ini, Wang M2 juga berada M$1.5 trn ataupun RM6 trn.


Jumlah dagangan tahunan perlu berada pada tahap M$ 2.0 trn (RM6.7 bn), bermakna rezab simpanan memadai 13 bulan impot..  


Malaysia akan mempergiatkan dagangan entrepot, dengan cukai barangan yang lebih lumayan dan lebih menarik.  Ini termasuk pembukaan seluruh Malaysia sebagai hub perdagangan bebas cukai.  Ini termasuk barang2 seperti  tembakau, minuman keras, barang mewah, kereta mewah dll. Cukai tambah nilai VAT perlu dikenakan jika barang dan perkhidmatan itu digunakan di Malaysia.   


PULAU BRUIT, SARAWAK, dan PUSAT LABUAN dibenarkan untuk membuka pusat perjudian dan pusat hiburan.  


Pulau Carey, Selangor dijadikan HUB PERDAGANGAN MATAWANG ANTARABANGSA &  PERBANKAN LUAR PERSISIR.  Bank2 dan Insituisi Kewangan Antarabangsa dibenarkan untuk bertapak di sini.  Malaysia mengguna-pakai POLISI TERBUKA dari segi pengurusan matawang dan kewangannya.  Hub Luar Pesisir Pulau Carey memberi perangsang untuk industri kapal layar mewah, kereta2 mewah dan barang2 kemas mewah.  Manakala hotel2 penginapan mewah dan mahal boleh bertapak di sini.   Pulau Carey juga dibangunkan sebagai PASARAYA KEWANGAN & MATAWANG yang terulung di rantau Asia Pasifik.

Kesemua plan tindakan ini adalah bertujuan menaikkan imej serta tata susila negara terhadap HIGH VA,LUE ADDED & HIGH INCOME BUSINESS ACTIVITIES.  Perlu ditekankan bahawa syarikat2 yang didaftarkan di tempat ini TIADA PERBEZAAN dalam bentuk cukai korporat dan kehendak badan berkanun, di mana VAT 12.2% serta Cukai Pendapatan 15% telah diperkenalkan.  


Gasanol E25  dan Biodiesel B25 akan dipopularkan di sini.  Misalanya Gasoline RON97 akan dijual dengan harga M$3.30 (RM11.00) seliter yang  bersamaan dengan harga runcit di Singapura.  Harga E25 dan B25 dijual dengan harga M$1.86 (RM6.20) seliter,  


Perpindahan PARADIGMA (PARADIGM SHIFT) perlu diketengahkan terhadap aktiviti2 perjudian yang bersifat TIDAK BERMORAL dimana ianya merupakan salah satu TARIKAN SUBVERSIF ke arah SEMANGAT KEMAJMUKAN MASYARAKAT ANTARABANGSA.


Perlu diingatkan bahawa MALAYSIA sedang memasarkan KEPELBAGAIAN & KEGHAIRAHAN KEBUDAYAAN samaada dari BARAT, TIMUR TENGAH, HINDU, TIONGHUA, dengan KEPERCAYAAN hala ke ISLAM, KRISTIAN, HINDU, BUDDHIST. TAOISM dan .lain2.  


Malaysia merupakan satu-satunya penempatan Melayu Archipelago yang pernah dijajah oleh pendekar yang berkefahaman Hindu, yang beragama Buddha, dan saudagar2 beragama Islam yang berhijrah dari Yemen dan Timur Tengah,  dan juga pernah dijajah oleh orang Eropah, yakni Portugis, Belanda dan akhirnya British.  Ianya juga mempunyai talian persaudaraan dengan Empayar Tang, Empayar Song, Empayar Mongolia Yuan, Empayar Ming dan Empayar Ching, dan Kuomintang pada awal kurun 20 dan akhirnya berhubung erat dengan Komunis China - bila Malaysia memulakan talian diplomatik dengan mereka pada tahun 1974.  


Dari segi konteks kepelbagaian ekonomi negara ini,  ianya perlu membuat ketetapan, dengan mempunyai MATAWANG yang kukuh, dengan rezab luar yang tinggi,  kadar bunga yang rendah, ketetapan politik yang stabil dan bermoral, RASUAH SIFAR, dan punyai pengurusan dan perkhidmatan kerja yang efisien, efektif, bermutu tinggi dan berMORAL.


Istilah perkataan BUMIPUTERA perlu dinoktahkan, dan digantikan dengan istilah perkataan   ANAK WATAN.  Sesiapa yang lahir di Malaysia dengan salah seorang ibubapa mereka adalah warganegara Malaysia, hidup dan membesar di Malaysia.  Orang Melayu menjaga kepentingannya supaya Pentadbir British memberi STATUS YANG SPECIAL, dan memberi HAK STATUS WARGANEGARA kepada orang BUKAN MELAYU.  Orang-orang Melayu terasa tidak mendapat STATUSnya bila mereka masih mundur dan miskin walaupun selepas MERDEKA.  


Dasar Sosial Ekonomi yang cenderung kepada definisi yang baru (pada masa itu) iaitu BUMIPUTERA telah berjaya menyusun semula struktur masyarakat Malaysia.  Sehingga kini, orang Melayu BERPELUANG UNTUK BERDIKARI, dan BUKAN DIKONGKONG DENGAN RANGKA PENGHALANG yang telah menghalang kewibawaan dan kecerdasan mereka dalam semua aspek dan pelusuk perniagaan dan janaan ekonomi, bahawa ORANG MELAYU MAMPU.    


Kini, SEMANGAT ANAK WATAN mestilah diperhebohkan dan bukannya LAUNGAN BUMIPUTERA (Orang Melayu merupakan lebih daripada 55% jumlah penduduk di Malaysia)   Anak-anak WATAN perlu berdepan persaingan daripada luar negara, dari seluruh pelusuk dunia.  


Kita ditampar hebat dengan kemajuan ekonomi dan sosial NEGARA CHINA.  Mereka sudah begitu maju dan berjaya, dengan 1400 juta rakyat China telah berjaya keluar daripada belengu kemiskinan papar - hingga menjadi klas pertengahan yang punyai kuasa pembeli yang tinggi dan besar nilai ekonomi mereka.  


Kemaskini, India telah bermula untuk menunjukkan kewibawaan mereka, dan bertekad untuk mengejar sekuat-kuatnya.  Golongan pengerudi minyak petroleum di Timur Tengah telah berjaya mengangkat martabat mereka, punyai Bandaraya-Bandaraya dengan bangunan-bangunan yang moden dan maju.  Keutuhan kewangan petroleum yang bersifat emas hitam ini telah meraih kejayaan ekonomi dan sosial, serta status hidup mereka.




Semangat ANAK WATAN mempertikaikan soal integrasi anak-anak Malaysia, mahupun BUMIPUTERA, BUKAN BUMIPUTERA, bukannya MELAYU, bukannya IBAN, KADAZAN, bukannya CINA, INDIA, bukannya ORANG ASLI, SIAM, PORTUGIS dll, tetapi ANAK WATAN. 


ANAK-ANAK WATAN beramah mesra, bergaul-gaul dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan campur dengan Bahasa Inggeris dan loghat Malaysia.   Inilah keunikannya.


Dalam konteks pembangunan negara, negara telah mengalami DEFISIT yang bertalu-talu, akibat daripada belanja mengurus dan belanja pembangunan yang semakin meningkat.  


Kerajaan senantiasa berprihatin dan memberi manafaat kepada Rakyat bahawa kos permodenan ini ditanggung oleh Kerajaan, tetapi nescaya harga-harga barang seperti minyak gasolin RON 95 dan diesel, minyak masak, telur, dsb diberi subsidi supaya ianya melanjutkan suatu ARTIFICIAL LOW COST, dimana ianya mengakibatkan gaji yang rendah, ditambah pula dengan buruh-buruh asing terpaksa diimpot dari Indonesia, kemudian Bangladesh, Nepal, Myanmar dll.   Ianya hanya membebankan lagi Kerajaan, bahawa hutang negara semakin banyak dan ianya mencecah RM1.3 trn.  




(XXXI) FIGHT BACK




Keadaan ini mestilah dan perlulah dikawal.  Kita perlu FIGHT BACK.  Sampai masanya kita mesti mengolak langkah untuk mengurangkan defisit, lalu menjelmakan suatu cara pelupusan balik.  Kerajaan yang dulu telah melafazkan pembangunan negara yang terlalu ghairah dengan perkembangan kemajuan URBANISASI , menjadikan KOTA RAYA KUALA LUMPUR dan tempat2 sekitar 40 km dalam lingkungan Kuala Lumpur sebagai tumpuan untuk pembangunan.  


Cadangan Rangkaian TBR, Lebuhraya Persekutuan FR1 Semenanjung, Pembangunan Semula Flat Perumahan di Kuala Lumpur & Selangor, Pusat Pelancongan Pulau Bruit, Sarawak dan Pulau Labuan, Cadangan Pembangunan Hub Biofuel Pulau Kukup, Cadangan Industri Etanol & Methyl Ester ala Biofuel di Sabah & Sarawak, Cadangan Penanaman Makanan Ternakan Haiwan seperti Jagong dan Ubi Kayu di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor,    Cadangan SMART CANAL Pandamaran - Kemuning, Cadangan Lebuhraya Sungai Klang merupakan suatu peralatan, penggerak dan perangsang ekonomi untuk FIGHT BACK daripada hanya tumpu kepada pembangunan di Bandaraya Kuala Lumpur tetapi juga memberi perhatian kepada pembangunan di luar bandaraya Kuala Lumpur.


Cadangan PENSEKURITIAN ASET KERAJAAN (SECURITIZATION OF ASSET) iaitu hartanah-hartanah hospital2, pusat perubatan, klinik2 kesihatan daripada KKM, dan aset dan hartanah Institusi Pengajian Tinggi, Universiti2, Politeknik2, Kolej2 Komuniti, Sekolah2 daripada KPM dan KPT, serta dengan konsep PENGKORPORATAN (CORPORATIZATION) ini akan MENSIFARKAN HUTANG NEGARA.  


Skim Insuran Kesihatan Negara (IKN) daripada cadangan ONGKOS MADANI, ala UNIVERSAL BASIC INCOME ini telah memberi suatu LIFE LINE kepada Kerajaan supaya ianya dapat menanggung Hutang Negara lalu membayar secara ansuran dalam masa 50 tahun yang akan datang.. Skim penjanaan nilai hartanah aset-aset KPM juga akan menolong untuk membiayai SPV KPM dimana ianya menanggung setengah daripada Hutang Negara dan dibayar secara ansuran dalam masa 50 tahun.  


Dengan langkah yang drastik, berdisiplin dan sistematik, reformasi paradigma, NEGARA ini pasti MAJU DAN MAKMUR.






Sekian ,


SALAM SEJAHTERA, 

SALAM BAHAGIA, 

SALAM REFORMASI,

SALAM MALAYSIA.






LAM CHUN CHANG  

BEng., MBA, PhD.

Kuala Lumpur 

4hb October  2024


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home