BAB KELIMA PERANG DAGANG AS CHINA
PERANG DAGANG AS - CHINA
GLOBAL RESERVE CURRENCY -
DOLLAR KECUNDANG DALAM TRIFFIN DILEMMA
BAB KELIMA
KARANGAN OLEH
LAM CHANG CHUN
KUALA LUMPUR
2025.04.21
ROBERT TRIFFIN xxvi , rakyat Amerika Syarikat (AS) berbangsa Belgium pernah berkata bahawa AS berada dalam keadaan dilemma - samada sebagai siberhutang (creditor) atau sipiutang (debtor). AS telah masuk ke era ‘TRIFFIN DILEMMA’. Ianya merupakan ‘Double Sword’.
AS memilih menjadi sipiutang, hakikatnya ianya mengimpot barang daripada seluruh dunia. Lantasnya, dollar AS telah dicetak tanpa cagaran SELEPAS OGOS 1971, melainkan dilafazkan dengan laungan ‘IN GOD WITH TRUST’, bahawa Nixon telah TEKAN ‘PAUSE’ untuk tukaran dollar AS kepada emas.
Pada tahun 1974, Henry Kissinger xxvii berjaya memujuk King Faisal Saudi Arabia menanda tangan perjanjian untuk PETRO DOLLAR berbalas dengan PERLINDUNGAN dari ancaman ketenteraan di Teluk Arab.
Namun, AS tidak dapat lari daripada krisis kewangan selepas itu. Ekonomi Jepun dan Jerman Barat membangun dengan pesat, tetapi keadaan AS dan UK pula terjerimus dengan inflasi yang tinggi.
Pada 17hb Januari 1985, Plaza Accord xxviii , para wakil daripada 5 negara terbesar ekonomi dunia, AS, UK, Perancis, Jerman Barat dan Jepun telah menepati suatu pakatan untuk susutan nilai matawang Dollar terhadap French Franc, Deutch Mark, Yen Jepun dan Pound Sterling. Langkah ini adalah bertujuan untuk menyerlah supaya dana-dana akan berbalik ke AS.
Dollar telah menjadi matawang niaga untuk petroleum dan kesemua niaga antarabangsa. Akibatnya, nilai dollar naik mendadak, kadar nilai tukaran wang dollar AS vs British Pound naik sebanyak 50% dalam 1980-1984. Pendekar2 di Wall Street menyukai keadaan ini, konsumer AS juga suka kerana barang import yang lebih murah, tetapi Rezab Persekutuan khuatir sebab defisit akaun semasa semakin bertambah kerana lebih banyak dollar AS keluar daripada masuk ke AS. Pengekspot grain dan automaker naik angin sebab harga jualan turun, dan mengakibatkan kerugian kerana Xrate dollar AS yang terlalu tinggi.
Pada 1979, Presiden Jimmy Carter telah melantik John Voclker menjadi pengerusi Rezab Persekutuan, beliau telah naikkan kadar faedah dollar AS bagi menangani keadaan inflasi.
Tahun 1980, Ronald Reagan menang dalam pilihan raya dan menjadi Presiden AS. Dia lebih cenderung kepada ‘expansionary economic plan’. Beliau dan team ‘deep state’ mereka telah menjalankan kerja militia di Afghanistan menentang Soviet Union, tangkisan terhadap pengedar dadah dan provokasi politik di Amerika Tengah dan Selatan. Rancangan ‘STAR WAR’ juga dibuat pada masa itu, situasi kewangan negara AS juga melemahkan keadaan fiskal, kutipan cukai yang kurang akibat kekurangan keuntungan daripada pengekspot grain dan automaker. Saingan yang hebat kereta Jepun yang ‘jimat minyak’ telah melemahkan prestasi automaker tempatan di AS.
Defisit Akaun Semasa AS ternyata apabila dollar telah digunakan sebagai matawang petroleum, begitu juga transaksi niaga antara bangsa untuk komoditi yang lain.
AS dalam keadaan ‘stagflation’, kadar inflasi yang tinggi, kadar pengangguran juga tinggi, dan pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ‘stagnant’.
Treaty Plaza Accord dimeterai pada 22hb Sept, 1985, sepuluh bulan selepas Ronald Reagan berjaya mengekalkan jawatan Presidennya. Bila nilai matawang dollar AS disusutkan, keadaan akaun semasa masih mengalami defisit yang terlalu tinggi pada 1986 dan 1987, tetapi keadaannya bertambah baik.
Situasi perang dingin juga memihak kepada AS, Mikhail Gorbachev xxx telah berikthiar untuk mereformasikan Soviet Union dan Blok Eropah Timur. Soviet Union mengamalkan ekonomi tertutup ala komunisme dan sosialisme, dan regim ketenteraan bersifat autokratik. Sebanyak 70% daripada hasilnya digunakan untuk membiayai kegiatan tentera. Rakyatnya hidup di paras serba tiada. Manakala, masyarakat di negara Barat sedang menikmati keghairahan hidup yang amat menarik, musik dan lagu yang rancak dan senang hati, media massa yang terbuka, talipon tangan, komputer, kereta mewah, pakaian2 dan barang kemas yang mewah, kehidupan yang selesa. Kehidupan yang sengsara dan merana telah menyebabkan KEBANGKITAN RAKYAT, ditambah dengan dorongan daripada negara2 Barat telah melanakan rejim Komunis Boshevik di Moscow.
November 1989, Tembok Berlin pecah berkecai, tentera2 juga meraikan bersama rakyatnya, menandakan kejatuhan rejim Autocrat Komunis Eropah Timur. Jerman telah disatukan. AS menjadi satu-satunya kuasa besar. Soviet Union telah tidak lagi menahan kemaraan budaya Barat. Peniaga-peniaga dari Eropah Barat dan AS telah memasuki dan bertapak di negara-negara seperti Hungary, Czekoslavakia, Romania, dan Bulgaria.
August 1991, suatu cubaan rombakan kuasa berlaku di Russia tetapi dipatahkan, walaupun demikian, Mikhail Gorbachev turut tertekan kerana keadaan ekonomi yang kucar kacir. Pada 25hb Disember 1991, Gorbachev meletak jawatan, menandakan kegisaran politik di Soviet Union. Gabungan kuasa Soviet Union dan Eropah Tengah telah dipecah kepada puluhan buah negara-negara. Ukraine, Belarus dan Georgia antara 15 buah negara yang baru telah wujud semula xxxi . Hampir kesemua negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau kongres nasional, yang berpaksikan elemen model ekonomi ‘neo-classical monetary system’ dan diperantarakan dengan model ekonomi Keynssian. Kejatuhan rejim Soviet Union dan Eropah Timur telah mendatangkan hasil surplus kepada akaun semasa AS. Pentadbiran Bill Clinton adalah satu-satu masa di mana unjuran belanjawan negara AS dengan kunci kira-kira secara POSITIF ‘SURPLUS’ dalam sejarah kewangan AS selepas WW2.
Muflisnya ekonomi Eropah Timur dan negara2 Soviet Union, telah memperkayakan ekonomi negara-negara Eropah Barat terutamanya Jerman dan Perancis. Terjalin pada 7hb February 1992, iaitu Maastricht Treaty xxxii sebuah gabungan baru, European Union (EU) xxxiii , dengan suatu matawang yang seiras dengan AS, dan dikenali ‘EURO’ telah diperkenalkan. Britain tidak ikut jejak negara EU, dan masih gunakan British Pound.
EURO, sebagai matawang hampir seluruh Eropah, termasuklah negara post Soviet Union, telah membawa beberapa kebaikan.
450 juta rakyat Eropah telah menikmati keadaan ekonomi yang lebih saksama, jurang antara kaya dan miskin adalah dalam keadaan ‘moderate’
Pada 1999 xxxiv , 15 negara EU mencatatkan Ginie Coefficient antara 0.25 - 0.35. Pada 2024, 27 buah negara EU telah mencatatkan Ginie Coefficient 0.30 - 0.36.
Dalam masa 25 tahun ini, EU sebagai badan penguatkuasa politik dan ekonomi, telah berjaya meredakan keadaan demokratik @ sosialisme, yang mementingkan skala hidup sejagat secara berpanjangan. Ianya telah mempelopori desas ekonomi hijau yang pro-iklim dan pro-alam sekitar, antaranya perkenalan dalam industri tenaga hijau, kereta EV, tenaga solar, tenaga laut - ombak, carbon capture & storage CCS, dsb.
EU dalam mempertikaikan perlakuan kewangannya, telah mempersembahkan ideologi konsensus model ekonomi ala Keynesians Model, yang ketat dan bersikap konservatif jika dibandingkan dengan neo-classical monetary model. Ini termasuk:-
Di EU, semua ahli2 negara perlu mempersembahkan defisit belanjawan tidak lebih daripada 3% GDP,
Kadar inflasi mesti kawal pada tahap 2%, perlakuan intervansi mesti dilakukan jika ianya bertambah teruk;
Kadar pengangguran mesti kawal pada tahap 3%,
Jumlah Hutang negara masing-masing mesti kawal pada tahap 60% daripada GDP
Krisis ekonomi yang melanda negara Greece, walaupun ianya serius tetapi dapat diredakan dengan baik, dan ianya beransur pulih sekarang. Kemusykilan dan perbezaan budaya dan fahaman politik antara Eropah Barat dan Eropah Timur serta negara2 post Soviet Union juga telah dapat diiraskan dengan terkawal, sehingga tiada banyak perbezaan dan pembalahan kebudayaan di antara satu sama lain.
Krisis Perang Ukraine adalah hasil politik Anglo Saxon, antaranya pendekar-pendekar politik di dalam arena politik AS dan Britain, Boris Johnson, Liz Taylor, Teresa May dari Parti Conservative, UK, Joe Biden, Clintons dan Obama dari Parti Demokrat AS; adalah agen-agen mereka yang telah mengungkitkan kegelisahannya. Merekalah yang telah banyak mendapat faedah daripada peperangan demi peperangan. xxxv Ramai pegawai-pegawai Kerajaan, mantan Tentera2 AS, dan pembantu2 politik kedua-dua Parti Demokrat dan Republican sedang berkhidmat di dalam syarikat-syarikat ini. Peperangan secara kecil-kecilan yang berupa kecohan setempat ini merupakan suatu ciri perniagaan dan sumber kekayaan mereka.
Namun, disebaliknya keuntungan kepada kontraktor militia, ianya telah memusfliskan negara AS. Team Trump memang berikthiar untuk tamatkan peperangan2 di Ukraine dan Gaza, supaya boleh tumpukan perhatian ke atas Negara China.
CADANGAN SOLUSI PERANG DAGANG AS - CHINA
Sekiranya krisis kewangan berlaku, sebanyak $12 trillion bon2 AS dan hutang Kerajaan AS iaitu susutan nilai bon / hutang dilakukan melalui
mekanisme susutan nilai matawang AS dengan matawang yang lain.
Kaedah faedah dikurangkan ke tahap sifar untuk suatu tempoh yang akan datang.
Rombakan terhadap representasi dan voting right dalam Lembaga IMF. Veto Power AS perlu dinyahkan dan digantikan oleh persetujuan konsensus daripada 25 bank2 negara ahli2 IMF,
12 ahli negara tetap iaitu AS, China, Britain, German, India, Saudi Arabia, Perancis, Brazil, Afrika Selatan dan Malaysia, Indonesia dan Rusia;
13 ahli negara perlu dipilih di kalangan ahli-ahlinya bagi setiap 5 tahun.
SDR, SPECIAL DRAWING RIGHT , suatu langkah IMF yang diwujudkan iaitu instrumen matawang maya, supaya ahli2 IMF boleh gunakannya sebagai rezab matawng ala US Dollar. Pengarang sarankan bahawa SDR boleh digunakan sebagai instrumen rezab matawang dan perlakuan bayaran / settlement antara bangsa. Ianya boleh ditukar milik antara bank-bank negara antara ahli2 IMF, dan tidak boleh dimiliki atau dijual-niaga antara peniaga2 dan syarikat2 masing-masing.
Kadar faedah dan peratus bahagian matawang dalam SDR ditentukan melalui peratus GDP secara PPP kepada negara2 masing2.
Sebuah rezab bank dunia, yakni WORLD BANK, ditugaskan untuk mengeluarkan matawang antara bangsa / dunia menggantikan dollar AS.
Pengarang mencadangkan bahawa matawang baru ini dikenali ‘BANCOR’. Matawang ‘BANCOR’ pernah dicadangkan oleh John M. Keynes semasa Persidangan di Bretton Woods pada tahun 1944.
Selain daripada kemukaan SDR, kesemua ahli-ahli IMF juga boleh dapat tukaran ‘BANCOR’ melalui cagaran pelbagai bilangan komoditi termasuk :-
Emas, Perak, Palladium, Platinum, dan pelbagai precious metal;
Keluli mentah (molten steel) dan
Billet keluli;
Barang Makanan Grain - Gandum, Jagung, Kacang Soya, Daging, Beras, Cassava, minyak2 masak spt CPO, bunga matahari, kacang soya, kacang tanah dll.
Minyak Petroleum, Gas Asli, bahan2api petroleum,
Pegangan saham, Exchange Traded-Funds, ETF yang asetnya berupa government bonds , blue-chips stocks, pegangan saham bank2 dan syarikat2 ternama yang tak tersenarai dsb.
Bagi semua negara2 IMF, yang ingin terbitkan matawang, ianya berupa ‘NOTE TO CHANGE’, dan ‘PEG‘ dengan ‘BANCOR’, ataupun dengan nilai ‘floating’ tersendiri, yakni bergantung kepada aggregat permintaan dan aggregat pembekalan pasaran. Sekurang-kurangnya tiga jenis keadaan di dalam negara2 IMF -
Kawasan pentadbiran seperti Hong Kong, yang akan terbitkan DOLAR HONG KONG yang akan “peg secara malar” dengan nilai matawang “BANCOR’,
Negara2 BRICS, dan beberapa negara di ASIA dan Timur Tengah, Afrika, Benua India, Amerika Tengah dan Amerika Selatan yang juga akan keluarkan matawang mereka dengan “peg dengan nilai matawang BANCOR” dan MATAWANG NEGARA2 dinamakan sebagai “NOTE TO CHANGE”
Negara2 seperti AS, Britain, EU dan beberapa negara2 paksi Barat, yang mengekalkan matawang dan nilai tukaran matawang berupa “floating exchange rate”
Pengarang menjangkakan dunia ini akan mengalami suatu tsunami kewangan, yang akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Ianya adalah disebabkan:-
Sistem Bretton Woods yang dipecah-amanahkan sejak tahun 1971, krisis ini telah berlarutan dan diperpanjangkan lebih daripada setengah abad;
Dollar AS sebagai matawang rezab dunia telah “over print”, disebabkan ekonomi telah berkembang dengan berkali-kali ganda. Nilai Dollar AS yang dipaku dengan emas, menyebabkan harga emas melambung naik. Pada tahun 1971, nilainya pada $35 satu ounce. Kini, harganya mencecah $3500 se ounce, 100 kali ganda. Adalah dijangka, harga emas akan terus naik, dan tak tentu arah.
Dollar AS tidak dicagar dan hanya merupakan suatu kertas yang dinilaikan secara “keyakinan” terhadap ekonomi AS dan dunia secara amnya.
Nilai Indeks Saham seperti Dow Jones, Nasdaq dan S&P 500 telah melambung naik sejak 2020, tetapi ekonomi dunia tidak berkembang banyak, malah ianya adalah lebih malap dan lembap.
Perkelahian ekonomi di antara kuasa-kuasa besar, telah mengakibatkan ‘decoupling’ dalam globalisasi ekonomi dunia. Ianya akan melelapkan lagi ekonomi dunia.
Bulan April, 2025, pemerintahan Team Trump telah memaksikan “reciprocal trade tariff” kepada semua negara2 di dunia. Hal ini menyebabkan nilai pasaran saham menjunam lebih daripada 13%, malah kadar faedah harga bon naik sehingga 5.1%! Begitu juga nilai matawang Dollar AS telah mula menyusut.
‘Short Sell’ berlaku di kalangan pemegang amanah pencen Jepun dan ditukar kepada matawang Yen. Kononnya mereka mahu stabilkan matawang Yen, tetapi suatu dunia pun tahu, mereka ingin lari diri daripada memegang aset2 dalam bentuk dollar AS.
Pengarang juga mengingatkan bahawa sebanyak $6.2 trillion bon2 AS akan lupus dan perlu diperbaharui, kadar faedah yang tinggi akan melelapkan eknomi AS lagi.
TEAM TRUMP ingin membuat ‘drop shot’ di depan jaring, dan berhembas pulas dengan ‘grand strategy’ ala MAR-A-LAGO ACCORD, dimana antara resolusinya terdiri daripada:-
Gunakan Trade Tariff, untuk paksakan rakan2 niaga bersetuju untuk perpanjangkan tarikh lupus bon2 AS (SEHINGGA 30 - 50 TAHUN) dan TANPA FAEDAH;
SUSUT nilai matawang Dollar AS sebanyak 30% hingga 50% terhadap matawang2 spt RMB, British Pound, Euro, Yen, Won dsb.
Pelawa Industri2 buatan yang strategik seperti semi conductor dan perubatan dan Articificial Intelligent untuk melabur dan mendirikan kilang di tanah AS,
Harga Emas dan Perak, dan beberapa jenis precious metal akan melambung naik lebih sekali seganda.
Kurangkan kos dan perbelanjaan mengurus pada agensi2 Kerajaan Persekutuaan AS sebanyak $ 1 trillion.
Kurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan persendirian sehingga ke tahap 15%,
TEAM XI JIN PENG telah berbalik dengan pukulan “BACK HAND SMASH” dengan cara:-
Jual semua Aset2 AS termasuk $780 billion bon2 AS,
Semua rezab luar - iaitu dollar AS ditukar kepada Yen, Euro dan matawang yang lain.
Tambah pegangan rezab terhadap emas, perak dan precious metal yang pentng;
Tambahkan pegangan saham tempatan supaya pasaran saham tempatan di Shanghai dan Shenzhen, harga saham pasaran China akan naik mendadak;
Projek pembangunan baru seperti HSR, pengairan dan saliran, stesen janakuasa tenaga hijau ditambah dan diteruskan.
Pada 2023, Hutang Kerajaan Pusat Negara China adalah ¥30.9 trillion (US$4.23 trillion), Hutang Kerajaan Tempatan adalah ¥55 trillion (US$ 7.53 trillion), hutang tersembunyi (hidden debt) adalah ¥14.3 trillion (US$ 1.96 trillion). Jumlah hutang Kerajaan Negara China adalah ¥100.2 trillion US$13.72 trillion) - Debt vs GDP = 77%.
Pada akhir 2024 XXXVII , hutang Negara China sudah tambah kepada US$14.87 trillion (¥136.7 trillion) iaitu 83.40% daripada GDP.
Untuk menangani perang dagang China-Amerika, rasa2 Kerajaan China akan terus tambah paras hutang sehingga 120% GDP iaitu - US$22 trillion, tambahan sebanyak US$7.13 trillion (¥52 trillion).
Negara China telah berhenti untuk menerima dua buah kapal terbang Boeing, dan ianya telah dijual terus kepada Malaysia. Tempahan semasa di atas telah diberhentikan. Ianya telah ditukar jual kepada negara2 ASEAN seperti Vietnam, Indonesia dan Malaysia.
Sebanyak 9 jenis produk buatan Negara China termasuk barang kelengkapan kenderaan dan kereta EV, yang terdiri daripada 75% jumlah ekspot telah dikecualikan daripada embargo cukai tariff dengan bayaran minimum 10%, ini bermakna sebanyak US$110 billion barangan FMCG dll telah ditampar dengan Trump Tariff.
Negara China telah haramkan pengekspotam bahan-bahan mineral precious metal dan rare-earth minerals ke negara AS.
Pengarang berhemat bahawa Kerajaan Negara China telah giatkan ekonomi domestik, termasuk:-
Jual bon2 dan aset2 dalam bentuk dollar AS dan ditukar kepada aset2 dalam bentuk BUKAN DOLLAR
Dirikan stok tambahan beberapa komiditi yang kritikal,
Billet keluli 1 billion ton metrik - $940 billion
Jagung - 300 juta ton metrik - $100 billion
Kacang Soya - 150 juta ton metrik @ $1050/ ton - $158 billion;
Ingot Aluminium 40 juta ton metrik @ $2800/ton - $110 billon
Ingot tembaga - 30 juta ton metrik @ $4.80/lb - $317 billion.
Tambahkan kapasiti simpanan Minyak Petroleum Mentah 2 kali ganda sehingga 3000 juta tong. [skala simpanan sekarang ialah 1500 juta tong iaitu menampung 103 hari kegunaan]
Tambahkan saluran paip gas asli dan minyak mentah, landasan keretapi, lebuhraya2 ke beberapa negara di Asia Tengah iaitu Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Azerbaijan dan Afghanistan bagi mengimport petroleum, gas asli, uranium. Tembaga, precious mineral dsb. Sebaliknya negara China mengekspot kenderaan bermotor, mesin2 kelengkapan, pakaian baju dan kegunaan harian. Negara China melalui Belt and Road Initiative (BRI) berjaya menjalin hubungan dagangan yang erat dan komprehensif. Jalinan ini adalah kritikal kerana ianya dapat menyambung sehingga negara2 Teluk termasuk Iran, Iraq dan Arab Saudi secara jalan darat
.
Team Trump yang terdiri daripada Peter Navarro, Scott Bessent, Allison Lutnick, Stephen Miran, Marco Rubio dan beberapa saudagar billionwan, pastinya mempunyai gara-gara yang istimewa untuk menyempurnakan kesinambungan dan keghairahan ANGLO SAXON. Negara China diibaratkan sebagai musuh sengit, kerana hanya Negara China sahajalah yang telah penghalang mereka dalam segala penjelmaan politik, ekonomi, kebudayaan, teknologi, dan segala perisian kemanusiaan. Seperti biasa, mereka nyahkan muslihat di sebalik kesucian dan kemurnian, pertunjukkan MAKE AMERICA GREAT AGAIN; telah mula dijauhi rakan2 sedarjatnya. Eropah dan negara2 Barat seperti Kanada dan Australia dan Jepun telah berpesong untuk memihak Negara China.
Hakikatnya Team Trump telah melakar suatu MIMPI yang maha besar, dengan tujuan untuk membolot sebebarapa yang boleh, sehingga kuncu-kuncu Trump membuat tindakan dan strategik geo-politik yang cukup drastik, termasuk kemasukan Greenland, Kanada dan Panama di dalam arena Amerika Syarikat.
Team Trump melalui pengumuman Reciprocal Tariff, membuat AYAKAN dan tentukan siapa rakannya, siapa musuh dan siapa ‘dua muka’ pula.
Kontrak senjata dan military yang besar pasti akan diberikan kepada kontraktor seperti Lockhead Martin, Boeing dan SpaceX, dan mereka berikthiar untuk mengeluarkan senjata yang cangkih dan berteknologi tinngi.
Di dalam persembahan politik dunia yang mirip wayang filem ini, pendekar2 Wasington DC telah bersongkokol dengan saudagar2 di Wall Street, New York; mereka bermain musik dan lirik lagu yang hampir serentak, cuma adanya orang yang tak sehaluan seperti Jerome Powell, pengerusi Rezab Persekutuan yang tidak mahu tunduk dengan Team Trump, beransur-ansur untuk diasak dan diejet keluar daripada jentera pentadbiran Kerajaan AS。
Tindakan Trump adalah semirip dengan tindakan Hoover (1930) bila mana reciprocal tariff terhadap negara2 Eropah telah dilemparkan. Kemelesetan ekonomi telah merosakkan lagi geo politik dan ekonomi dunia. Keadaan di New York dan London, Paris dan Berlin telah berparah teruk. Berjuta-juta orang dalam belengu pengangguran. Keadaan inflasi yang amat tinggi. Ianya suatu fenomena ‘STAGFLATION’.
Namun, ianya menjelma kebangkkitan Hitler Nazi melalui ketenteraan, Musolinni di Itali, dan Tentera Facist Jepun di Asia Timur. Keadaan di Soviet Union telah tidak berbelah bagi, sistem autokratik rejim Boshevik ala Stalin, dengan konsep ‘rancangan ekonomi’, rakyatnya diibaratkan sebagai mesin untuk pengeluaran.
WW2 telah memberikan nafas baru kepada AS, permintaan bertambah berkali ganda. Ekonomi terus berkembang dengan pada akhir 1930an sehingga 1940an. Tapi, keutuhan EMPAYAR BRITISH terus dicabar dan akhirnya ianya bertukar tangan kepada AS.
Pengarang berpendapat tindakan Hoover telah menjayakan kegemilangan Franklin Roosevelt dalam memenangkan AS di WW2. Trump ingin ikuti jejak Hoover, dimana ianya bermula dengan menghuru-harakan keadaan ekonomi dan geo-politik, dan bertindak dengan cara ‘reverse psychology’, tanpa menghiraukan jendela dan kontrak sosial, dan mendirikan suatu NEW NORMAL.
Di dalam karangan Stephen Miran yang dinamakan MAR-A-LAGO ACCORD, dimana Donald Trump setuju untuk usahakan rancangan MAGA.
Dimulakan dengan DOGE yang berikhtiar untuk tekan minyak dan tutup tirai atas beberapa agensi2 kerajaan dan ‘lay-off’ secara drastik.
Ianya diikuti dengan potongan yang banyak terhadap perbelanjaan di bawah agensi-agensi seperti elaun perkhidmatan, dan elaun perubatan dan kesihatan, dll.
Reciprocal Tariff adalah sebahagian daripada muslihatnya untuk ayakan supaya menilai ketaatan rakan AS.
Seterusnya Team Trump akan lalaikan bon2 (bond default) yang akan lupus pada bulan Jun ($6.2 trillion) dan September 2025 ($3 trillion), sekaligus memaksa Rezab Persekutuan untuk ‘makan diri’ semua bon2 itu.
Begitu juga, nilai matawang dollar AS akan melimpah turun, pasaran saham akan menjunam turun, Harga Emas dan Perak akan naik mendadak. Ray Dalio telah memberi amaran bahawa pasaran saham kini telah mula dibanjiri dengan ‘buy forward’, dan ‘short sell’ sekarang.
Ternyata pendekar LABUR yang hebat seperti Warren Buffet telah jualkan kebanyakan saham AS dan bon2 AS dan simpan WANG TUNAI BUKAN DOLLAR AS.
Ternyata, Perang Dagang AS-China masih bertegang kuat, dan biarpun pasaran dagang AS akan alami kekurangan barang import dari seluruh dunia, namun Team Trump akan terus mara ke depan. Lantasnya, hanya Team DEEP STATE yang sedang membuat rundingan dan jelmaan, antaranya termasuk pendekar2 yang pro-Democrat, sedang berkelahi dan bertaroh keris antara satu sama lain.
Sehingga Kini, AS akan terus mencetak bon2, kerana defisit akaun semasa yang ternyata (lebih daripada $2 trillion setahun), ekonominya akan meletup pada bila-biia masa.
Sehingga ini, sekian sahaja,
SALAM HORMAT
SALAM BAHAGIA
SALAM SEJAHTERA
SALAM REFORMASI
SALAM MADANI
SALAM MALAYSIA
LAM CHANG CHUN
28hb APRIL 2025,
KUALA LUMPUR
References/ Appendices
xxvi) Triffin Dilemma by ROBERT TRIFFIN, 1960,
https://en.wikipedia.org/wiki/Triffin_dilemma
https://en.wikipedia.org/wiki/Robert_Triffin
xxvii) Kissinger, Henry, mantan Ketua Setiausaha Negara dibawah pemerintahan Presiden Richard Nixon (1968-72)
https://en.wikipedia.org/wiki/Henry_Kissinger
xxviii) Plaza Accord, 1985, Hotel Plaza, New York.
https://en.wikipedia.org/wiki/Plaza_Accord
xxx) Gobachev, Mikhail, Mantan Presiden Soviet Union
https://simple.wikipedia.org/wiki/Mikhail_Gorbachev
xxxi) Mantan negari-negari Soviet Union,
https://en.wikipedia.org/wiki/Post-Soviet_states
xxxii) Maastricht Treaty,
https://en.wikipedia.org/wiki/Maastricht_Treaty
xxxiii) European Union,
https://en.wikipedia.org/wiki/European_Union
Xxxiv ) Ginie Coefficient of European Union Countries - Qwen 2.5
https://draft.blogger.com/blog/post/edit/816554029999967339/1017718663864299069
xxxv) Penderma Politik AS - pembekal senjata dan kontraktor militia AS
https://www.usfunds.com/resource/the-top-10-u-s-aerospace-and-defense-contractors/
xxxvi) Xiao Chuan, Zhou 周小川, Governor, People’s Bank of China, 23rd March 2009.
https://www.bis.org/review/r090402c.pdf
xxxvii) ECONOMIC PERFORMANCE CHINA, 2024
https://tradingeconomics.com/china/government-debt-to-gdp
xxvi)
