Sunday, April 20, 2025

TRUMP TARIFF - BAB KEEMPAT - PETIKAN DARIPADA PAKAR EKONOMI

 PERANG DAGANG AS - CHINA 

TRUMP TARIFF

BAB KEEMPAT


KARANGAN OLEH 

LAM CHANG CHUN

KUALA LUMPUR

2025.04.20



  1. MAGA belum ‘GREAT’ lagi Ameriaka Syarikat sudah parah, sejak Trump Tariff diumum pada 2hb April, dalam masa satu minggu, pasaran saham suatu dunia termasuk N ASDAQ, DOW JONES dan S&P 500 telah menjunam. Pasaran  Bon Amerika juga tak tentu arah, harganya turun dan kadar faedah pula naik.  Nilai Matawang Dollar AS pun turun, tapi Harga Emas, Perak pula naik, Yen dan Euro juga naik. 


Genap satu minggu, pada 9hb April, Trump patah balik, tekan butang ‘PAUSE’ 90 hari, kadar tariff pada tahap 10% masih tetap, sementara tariff terhadap Barang Impot China kekal pada 125%.  Beberapa hari kemudian, ianya dinaikkan sehingga 245%.

Pasaran saham naik AS tebus balik tetapi masih dalam keadaan ‘yo-yo’, turun banyak naik kurang.

Walaupun demikian, AS masih dalam keadaan ‘super power’, matawang Dollar merupakan ‘reserve currency’ yang disanjung oleh semua negara.  Hakikatnya, TRUMP TARIFF telah mempercepatkan peralihan kuasa mutlak Dollar sebagai ‘reserve currency’.


  1. Petikan dari RAY DALIO,  seorang ‘billionwan’ (billionaire) dan  pengurus ‘hedge fund’ yang ternama di AS, berkata masalah keadaan ekonomi AS adalah lebih kepada ‘cyclical effect’ yang lazim.  

Ianya pernah berlaku kepada matawang PESO Sepanyol pada abad ke 16, GUILDER Netherland pada kurun ke 17, dan kemudiannya POUND Empayar British pada kurun ke 18 hingga ke awal kurun ke 20 sebelum digantikan oleh DOLLAR AS selepas WW2.

RAY mengatakan bahawa Dollar AS diharungi masalah dalamannya, yakni,

  1. Defisit negara AS pada tahap 6% setahun, dan berpanjangan selama lebih 30 tahun, hal ini diakibatkan oleh belanja atas pertahanan dan ketenteraan yang tinggi, dan perihal kebajikan yang tinggi, serta bayaran faedah terhadap hutang negara yang semakin tinggi.  

  2. Jumlah hutang negara mencecah $36 trillion, dan ini merupakan 125% daripada GDPnya $28 trillion.  Sebanyak 81% daripadanya adalah ekonomi maya (virtual economy) yang terdiri daripada perkhidmatan kewangan dan perbankan, insuran, R & D, pendidikan, perisian komputer, jual-beli saham dan bon, dll. Peluang pekerjaan adalah terhad.  Jurang kekayaan bertambah serius. 

  3. Daya saing AS telah merosot, bakul ekspot adalah hasil pertanian seperti gandum dan kacang soya, jagung; gas asli dan petroleum, daging dll; bakul impotnya adalah barang siap seperti parts dan bahagian kereta, mesin, talipon tangan, komputer peribadi, semiconductor, drone, dan barang2 buatan.


  1. Beberapa orang penganailisa ekonomi dan pendekar akademik telah membuat RAMALAN bahawa suatu TSUNAMI EKONOMI akan berlaku masa beberapa tahun ini.  Prof. Jeffrey Sachs xv dari Columbia University, dan beberapa pakar ekonomi yang terkenal seperti Nouriel Roubini xvi, Ann Pettifor xvii , Steve Keen xviii, Dean Baker xix  semua menjangkakan bahawa suatu rombakan ekonomi akan berlaku pada bila-bila masa.            


Jerome Powell, pengerusi Rezab Persekutuan AS (US Federal Reserve) di bercakap di forum yang dianjurkan oleh Kelab Ekonomi Chicago, bahawa bironya sedang meneliti keadaan peralihan yang disebabkan oleh TRUMP TARIFF.  Beliau dalam keadaan “JAGA-JAGA”, dan telah ‘stand-by’ untuk membuat tindakan ‘damage control’.  Beliau juga khuatir dengan ‘pukulan balas’ ke atas cukai tarif yang mungkin akan akibatkan inflasi yang terlalu mendadak, dan juga kadar pengangguran yang tak terkawal. Team Trump memang tidak bersemuka dengan Powell, dimana mereka inginkan Rezab Persekutuan Powell untuk turunkan kadar faedah daripada 4.25% ke 3.5% dan ke bawah.  Turunnya kadar faedah akan kurangkan belanja BAYARAN FAEDAH, tetapi Powell tak berganjak.  Difahamkan, terdapat sebanyak $9 trillion hutang bon akan lupus tarikhnya pada bulan Jun dan Sept tahun ini.  Turunnya kadar faedah sebanyak 1% akan kurangkan belanja sebanyak $90 billion setahun selama 10 tahun. 


  

  1. Di sebelah benua timur iaitu China, puluhan golongan cendekiawan dan para ekonomis telah memberi pedoman dan kata-kata terhadap TRUMP TARIFF.  Li Dao-Kui 李稻葵 xxi , professor dari Tsing Hua University 清华大学, (beliau lulusan PhD dari Harvard), berkata semenjak krisis kewangan 2008 yang diakibatkan oleh kemungkiran ‘sub-prime’, Dollar AS telah makin kurang kewibaannya.  


Pada 2015Q1 hingga 2024Q3, Dollar AS sebagai matawang rezab untuk bank-bank negara di  peringkat antara bangsa telah menurun dari 66% ke 57.4%,  peratus pegangan bon2 AS oleh luar negara telah turun dari 34.08% ke 23.6%.  Pegangan emas  telah meningkat ke 11.0% ke 22.9%  sebagai rezab bank2 negara di seluruh dunia.

Dia berkata bahawa, purata  kadar faedah bon2 AS pada 2025Q1 adalah 3.284% (pada 2021Q1 = 1.5384%).  Sebanyak $9.2 trillion bon2 AS akan perlu diperbaharui pada tahun 2025, dan $6.5 trillion pada bulan Jun 2025.  Menurut kadar faedah Rezab Persekutuan pada tahap 4.25%, bon2 yang diperbaharui akan menelan belanja tambahan $100 billion dengan jangka lupus yang kurang daripada 8 tahun. 


Prof. Li berpendapat bahawa dollar AS, bon2 AS dan pasaran saham AS tidak akan ‘crash’ tetapi ianya akan beransur2 merosot, cuma ianya sudah ada RETAKAN.

    

Di Dong-Sheng 翟东升 xxii , professor ekonomi yang terkenal di Remin University, Beijing,  pula berkata, keadaan huru-hara ekonomi AS ini disebabkan kekurangan disiplin dalam pengurusan kewangan Kerajaan AS; kos pembiayaan yang tinggi terhadap ‘foreign military deployment’ di Afghanistan selepas Sept 11, 2001, penempatan tentera di Iraq dan serta 800 agensi tentera di seluruh dunia, 11 buah ‘carrier’ dan battalion tentera laut, telah melapukkan keadaan kewangan AS. xx  

  1. Tahun 2008, Sebelum Tsunami Kewangan, jumlah hutang negara AS $10.0 trillion; 

  2. pada 2010, ianya lancarkan QE, hutang AS meningkat ke $13.5 trillion, 

  3. Tahun 2012, Obama nak sambung satu penggal, polisi fiskal naikkan hutang ke $16.1 trillion,

  4. Tahun 2014, QE dihentikan, tapi siling hutang masih meningkat ke $18 trillion, 

  5. Tahun 2017, Trump 1.0, potong cukai korporat dan cukai pendapatan persendirian daripada 30% ke 21%, hutang meningkat ke $20 trillion

  6. Tahun 2018-2020, Perang Dagang AS - China, hutang meningkat ke $23 trillion,

  7. 2021 - 2023, Biden ambil alih, Covid 19, QE lagi, duit percuma kepada rakyat AS, hasil cukai kurang, Federal Reserve naikkan kadar faedah dari 1.5% sehingga 4.75%, dan hutang meningkat ke 31 trillion; kadar inflasi mula turun tapi masih pada tahap 5%+-.

  8. 2024, credit rating downgrade lagi, Perang Ukraine dan Gaza, keadaan inflasi ‘terkawal’, kadar faedah turn 50 basis mata ke 4.25%, ‘military contract’ tambah di Ukraine, senjata2 dihantar keluar, AS melabur melalui BlackRock untuk membeli banyak aset2 di Ukraine dan seluruh dunia, hutang naik ke $35.5 trillion.

  9. Pada 2025, Trump 2.0, hutang sudah mencecah $36.3 trillion. Jumlah Faedah yang dibayar mencecah $1 trillion, lebih daripada belanja pertahanan dan ketenteraan.  Deep Seek telah jahanamkan kewibawaan AS dalam Chat GPT dan AI.  



5. Huang Qifan xxiv , seorang pegawai Kerajaan China yang berkhidmat di bahagian Kewangan dan Ekonomi, melalui penilaian dan timbang ukur secara specific dan mendalam di kalangan biro pentadbiran Kerajaan yang menyusuli ekonomi pasaran semenjak tahun 1980, telah merumuskan bahawa tiga huraian yang penting dalam ‘SUSTAINABLE COMPETITIVE ADVANTAGE’ perniagaan mahupun situasi saingan negara, yakni: 

  1. TEKNOLGI TERAS (critical advance technology) 

  2. MODAL & DANA

  3. PASARAN JUALAN


Pengarang juga setuju dengan pendapat Huang, bahawa China mempunyai 1.4 billion penduduk, dan inilah faktor yang paling kritikal, dimana 97% daripada firma syarikat AS, akan terus berniaga dan ‘production line’ di Negara China.  Hakikatnya, syarikat2 seperti Ford, General Motor, Tesla, Apple Inc., dengan hampir 40% daripada jualannya berasal daripada Negara China.  ‘Decouple’ akan memberi tamparan hebat kepada hasil jualan dan keuntungan keseluruhan syarikat secara global.  Ianya tidak mungkin akan dapat pasaran jualan di lain tempat.  Kos Barang Siap yang dibuat dari negara China adalah cukup kompetitif, dan masa hantaran yang cepat dan jitu.  Hakikatnya, inilah yang memenangkan Negara China dalam saingan Perang Dagang China - AS.  


6. Sejak pada tahun 2014, Prof. Di Dong-Sheng telah mengemukkan untuk negara China perlu ‘decouple’ daripada dollar AS dan Amerika Syarikat secara beransur-ansur.   Beliau merupakan salah seorang pakar ekonomi Negara China, karangan dan tulisannya, serta teks kuliah beliau telah diterjemah dan dipapar dalam akaun twitter Donald Trump.  


TRUMP TARIFF telah memberi kesempatan dan ALASAN kepada Xi Jin Peng untuk ‘DECOUPLE’ dari AS.  


Teks huraian Prof. Di dan beberapa orang pakar ekonomi telah memberi pedoman bagi cadangan pendekatan yang strategik.  


7. Pada September 2006 di New York, Menteri2 Luar keempat2 negara Brazil, Russia, India dan China telah bertemu untuk bersepakat, lantaran daripada post-911, AS dan rakan2 Negara Barat telah tumpu kepada keselamatannya, negara2 membangun telah diabaikan.  


Kemudian, pada 2008, tsunami ‘sub-prime’ telah melanda seluruh dunia, Ianya menjelmakan suatu pertandaan dunia kewangan yang tidak mengena, dan AS terus terjunam didalam hutang negara yang tidak mungkin untuk bayar balik. 


Maka, keempat2 negara ini telah berikthiar untuk berdikari.  Ditambah dengan Afrika Selatan, atas the SOUTH INVOLVEMENT,  telah membuat suatu pakatan 16hb June 2009, di Yekatuerinburg, Russia, menandakan suatu pakatan BRICS.  17 Tahun telah berlalu, dunia ini telah termakan sendiri dengan COVID-19 Pandemik pada tahun 2020-2022, AS bertambah tenat dengan hutang negara telah melipatganda sehingga lebih daripada $36 trillion, sehinggakan Pendekar2 yang duduk di dalam White House perlu menyalak seperti anjing tersepit, juga berkeliuh dengan rioh rendah.  Maka, pendekar sosialis komunis yang duduk di Beijing, serta rakan sedarjatnya di Moscow merentap untuk bertungkus dengan suasana yang lebih berwaspada.


Kedatangan delegasi China yang dipelopori oleh Presiden Xi Jin Peng, menandakan bahawa China telah putuskan bahawa beliau pandang kepada SOUTH, bahawa, negara ASEAN, India dan Pakistan, Afrika, Amerika Selatan, Asia Timur dan Austra Asia adalah tujuannya. 


Hakikatnya, hanya negara China sahaja boleh membuat tindakan untuk menghalang tindakan liar White House.  U G Von der Leyen, Presiden European Union, penentang ekstremis Komunis China, CCP, sudah berpatah balik dan ingin berdamai dengan negara China.  Beliau juga mengharapkan Beijing untuk menolong Eropah untuk selesaikan krisis Rusia-Ukraine lalu mendamaikan perang di antaranya.  Keir Starmer adalah ala sosialis kiri, Ketua Negara Britain dari Parti Buruh, memang sehaluan dengan pendekar2  CCP di Beijing.  Mereka memang sefahaman di antara satu sama lain, memang mahu bekerjasama di antara China dan Eropah.


8. Pada hemat pengarang, dalam keadaan kemolot kebingungan terhadap keadaan kucar-kacil hal ehwal kewangan negara AS, yang langsung menyesatkan kewangan sedunia, pelbagai ragam dan bentuk fikiran dan subjek telah diperkenalkan.  Para cendiakawan mula memikirkan balik, sewaktu Sistem Bretton Woods yang dipaparkan pada tahun 1944, John Maynard Keynes xxv , beliau menentang dollar AS yang ikat dengan Emas sebagai matawang jelas untuk dagangan antara bangsa, dan perlu gunakan suatu gunakan suatu sistem matawang ‘BANCOR’ yang juga diikat dengan Emas dan beberapa komoditi, sebagai matawang jelas dagang antara bangsa.  Beliau juga menganggarkan bahawa keghairahan dan perlakuan politik AS dan Britain akan mengakibatkan ekonomi mereka yang ‘Neo-Classical Monetarists’ ini akan muflis, kerana unjuran kapitalisma yang guna-pakai wang dengan sewenang-wenangnya demi untuk mengejar kekayaan dan bukan kesaksamaan dan perseimbangan dalam ekonomi.  


Keynes, seorang pegawai Kerajaan Britain, yang berkhidmat di Bank of England semasa WW1 dan WW2, telah memberi pedoman yang menyarankan ‘Keynessian Economics’ yang terkenal di kalangan belengu akademik ekonomi sedunia, menewaskan berkali-kali teori ‘neo-classical monetary economics’ yang disanjung tinggi oleh para kapitalis di Wall Street.  


Pengarang berhemah bahawa, seruan Keynes 80 tahun dahulu perlu diabadikan sekarang, memandangkan keadaan struktur ekonomi AS tidak memadai keadaan.  


Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang, suasana ‘decouple’ oleh AS dan China hanya mematahkan dan bunuh sesama sendiri.  Malah, ianya akan mengalami ekonomi meleset ala 1929.  AS perlu bertafakur dan menyerah, di mana mereka tidak boleh berlagak lagi.  Prof. Jeffrey Sachs berkali-kali berkata supaya White House perlu kerjasama dengan Beijing, tetapi ianya berlagak seperti ‘cowboy’ yang tak tahu berapa tingginya langit, dan berapa rendahnya AS.  Justeru itu, Team Trump terutamanya budak suruhan seperti Peter Navarro, berlagak seperti JWW Birch, akan dimaharaja-lelakan kelak.  Nescaya, dia telah menerima derma politik yang banyak dari penderma2 yang anti-CCP; dan perlakuan ini akan menjahanamkan ekonomi AS dan dunia.       
  

      

Disambung lagi …..Bab Kelima…



Sekian,


SALAM SEJAHTERA

SALAM BAHAGIA

SALAM REFORMASI

SALAM MADANI

SALAM MALAYSIA



LAM CHANG CHUN 

KUALA LUMPUR

20 HB. APRIL 2025








Appendices


xv) Sachs, Jeffrey - Professor in Columbia University,  https://en.wikipedia.org/wiki/Jeffrey_Sachs


xvi) Nouriel Roubini - Professor, Stern School of Business, New York University, 

https://en.wikipedia.org/wiki/Nouriel_Roubini


xvii) Petitfor, Lynda Ann, research fellow, City, University of London,  

https://en.wikipedia.org/wiki/Ann_Pettifor


xviii) Keen, Steve, Australia, Economist 

https://en.wikipedia.org/wiki/Steve_Keen


xix) Baker, Dean, American, Economist

https://en.wikipedia.org/wiki/Dean_Baker


xx) US National Debt by Year

https://www.investopedia.com/us-national-debt-by-year-7499291 

xxi) Li Dao-Kui,David, 李稻葵 ,Professor,  https://en.wikipedia.org/wiki/David_Daokui_Li


xxii) Di Dong-Sheng, 翟东升 ,China, Professor,

https://en.wikipedia.org/wiki/Di_Dongsheng

 

xxiii) Decouple dari Dollar AS, Di Dong-Sheng 

https://www.youtube.com/watch?v=wBLcwqgTycY

 

xxiv) Qifan, Huang 黄奇帆, Naib Pengerusi, Jawatan Kuasa Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangaan, Kongres Rakyat,  Republik Rakyat China 全国人大财经委员会副主任委员[5]。2018年1月当选第五届重庆市政协委员[6] 

https://en.wikipedia.org/wiki/Huang_Qifan

https://zh.wikipedia.org/wiki/%E9%BB%84%E5%A5%87%E5%B8%86


xxv) John Maynard Keynes, pakar ekonomi dari Britain,

https://en.wikipedia.org/wiki/John_Maynard_Keynes


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home